Kerabu Ayam [Ala Eat Clean]

Semalam Adaa dah kongsikan SALAD AYAM [ RESEPI PESAKIT GERD] j yang juga sesuai untuk orang yang nak eat clean. Hari ni adaa nak kongsi satu lagi resepi tekak melayu sikit iaitu kerabu ayam. Kerabu ayam ni memang banyak versi tapi seperti biasa, Adaa tak suka yang renyah sangat. Jadi kali ni Adaa kongsikan versi yang sangat ringkas, budget rendah tapi masih sedap dan menyelerakan. Ala, kerabu ayam ni mudah sangat, memang dijamin menjadi kalau korang buat.

 

RESEPI KERABU AYAM ALA EAT CLEAN

Bahan-bahan

  • 2 keping dada ayam yang direbus ( siat macam nak buat soto tu)
  • 1 biji bawang besar dimayang
  • 1 biji buah tomato juga dimayang
  • Sedikit air asam jawa atau perahan limau kasturi
  • Secubit garam dan secubit gula perang/ madu
  • 2-3 ulas cili api (untuk pesakit gerd contohnya, tak perlu letak cili)
  • Sedikit taugeh dan daun bawang yang dihiris halus

Cara-cara

Hanya gaulkan semua bahan diatas, dan siap!

Senang kan? Kalau kata susah sangat memang nak kena 😛

KENAPA PERLU EAT CLEAN?

Kenapa Adaa kongsikan menu-menu eat clean ni semua? Malaysia ni sangat padat dengan makanan tetapi malangnya banyak makanan yang tak sihat berbanding sihat. 

LIhat sahaja yang viral di media sosial. Teh tarik kaw buih melimpah lah, goreng pisang 3 jenis keju lah, macam-macam. Adaa bukan membangkang apa yang diorang jual, jauh sekali memperlekeh, benci atau sewaktu dengannya. Malah Adaa sendiri memang suka makanan macam ni. Pantang jumpa, ok.  Adaa kaki makan tau. Tak salah jika nak makan sekali sekala. Yang salahnya apabila setiap hari kita makan makanan yang tak menyihatkan dan seimbang.

Tahu tak? Lebih 6 juta rakyat Malaysia mempunyai tahap kolesterol tinggi. Yang obes tak perlulah cakap. Malaysia sangat terkenal kerana mempunyai peratusan yang tinggi dalam jumlah rakyat yang obes. Realiti yang pahit tapi benar.

Jadi, Adaa rasa memang patut sangatlah kita mula makan secara sihat. Demi kesihatan. Kalau nak ikut perut, nafsu makan, memang tak terkawal lah nampaknya.

Selaku orang yang menggunakan suplemen dan menggalakkan orang ramai menggunakan suplemen, adaa memang wajib mengajak anda semua untuk makan secara seimbang. Kalau tak, tak guna juga ambil suplemen. Kita semua nak hidup sihat lebih lama kan. Jadi, kita kena ubah cara hidup kita dan boleh mulakan dengan cara pemakanan harian kita.

Yang dah lama nak diet, nak kurus, ambil itu ini tak berkesan, percayalah dengan pemakanan seimbang di gabung pula dengan nutrisi atau suplemen yang sesuai insyaallah anda akan mendapat berat badan ideal. Tak perlu berlapar, hanya makan secara sihat dan gunakan konsep suku,suku separuh.

Tak tahu apa SUKU, SUKU SEPARUH? tonton video dibawah. Upin ipin dah ajar ni

Okeh, dah gi masak kerabu ayam tadi.

Selamat mencuba!

Similar Posts