Muka Anda Ada Kutu Demodex?

ADA KUTU HIDUP DALAM KULIT MUKA KITA?!

Meremang tengok kutu demodex ni. Geli oiii! Tempoh hari Adaa menonton Get It Beauty ( program korea) yang berkisarkan tentang kecantikan. Tak disangka, topik malam tu pasal kutu demodex ni amatlah memeranjatkan Adaa. Bayangkan, ada haiwan kecil ni dalam pori kulit kita yang pada waktu kita tidur mereka ni boleh bergembira di kulit muka kita, mengawan, bertelur, makan sebum kita dan melakukan aktiviti di kulit kita! Geli nya!

 

APA ITU KUTU DEMODEX

Tahukah anda, hampir 99% orang dewasa ada haiwan ini pada kulit mereka. Itu termasuklah anda dan saya! (rasa nak gi sental muka secepat mungkin) .

Kutu demodex merupakan kutu berkaki lapan yang suka hidup di bahagian dahi, pipi, bahagian tepi hidung, bulu mata dan di bahagian luar telinga kita. Ianya sangat kecil sehingga harus dilihat melalui mikroskop.

Terdapat 2 jenis demodex yang hidup di muka kita iaitu demodex folliculorum and demodex brevis. Demodex folliculorum ialah demodex yang hidup di dalam folikel rerambut kita dan hidup dengan makan sel mati manakala demodex brevis pula hidup dalam kelenjar minyak dan ‘menghirup’ sebum atau minyak semulajadi pada kulit manusia. Jangka hayat seekor demodex selalunya 2-3 minggu. Kiranya, ia sangat cepat bertelur, hidup, membesar dan mati dan sentiasa ada diwajah kita.

https://youtu.be/qvHzDwLahZM

APA YANG MENYEBABKAN DEMODEX WUJUD PADA KULIT

 

Ada yang mengatakan sebab faktor kebersihan. Mungkin tetapi tidak dapat dipastikan 100%. Apabila seseorang mula meningkat dewasa, haiwan ini mula aktif dan hidup pada kulit manusia. Mungkin kerana kondisi yang sesuai untuk hidup sebab itu hampir semua orang ada demodex. Cuma yang membezakan banyak atau sikit.

Bagi mereka yang mempunyai kulit berminyak, keadaan mungkin boleh menjadi lebih teruk. Seperti yang dinyatakan tadi, demodex hidup dengan memakan sebum atau minyak muka kita. Jadi, orang yang mempunyai kulit berminyak berkemungkinan menjadi perumah yang sangat baik untuk kutu ini membiak. Apabila ianya mati, ia akan menyebabkan liang tersumbat dan menyebabkan kita mengalami jerawat. Disebabkan ianya suka duduk dalam liang pori kita dan makan sel mati dan sebum, pori kita juga semakin membesar. Ini memang mimpi buruk!

Solekan juga boleh mendorong peningkatan populasi demodex ni. Muka yang kotor, berminyak sudah tentu menjadi tempat yang paling sesuai untuk membiak. Jadi, kalau guna solekan, sila cuci sehingga bersih ya!

Sistem imun yang lemah juga dikatakan penyebab ianya senang membiak. Dah namanya macam parasit kan. Kalau perumah tak kuat, memang akan diambil alih lah jadi tingkatkan sistem imun kita ya.

CARA TANGANI KUTU DEMODEX

Memang perosak betul kan? Bukan main beraktiviti lagi mereka ni dimuka kita. Jika dibiarkan, kulit kita akan lebih kasar akibat pori yang besar, jerawat, berparut, munculnya bintik hitam dan jeragat. Bagi kutu yang tinggal dalam folikel rambut pula boleh menyebabkan rambut kita mudah gugur, berkelemumur dan kasar.

Jadi, tak boleh lah dibiarkan kan. Kena ada usaha untuk mengurangkan demodex ni. Apa yang boleh kita buat?

JAGA KEBERSIHAN

Pastikan kita jaga kebersihan diri. Janganlah malas cuci muka, mandi. Itu semua memang mengundang kutu.

 

CUCI MUKA 2 KALI SEHARI

Sila gunakan pencuci muka yang sesuai dengan kulit anda dan cuci 2 kali sehari bagi memastikan kulit tidak kotor,terlalu berminyak dan gatal.

 

SKRUB 2 KALI SEMINGGU

Demodex suka makan sel mati jadi jangan biarkan sel mati berkumpul di wajah kita. Skrub 2 kali seminggu bagi menyingkirkan sel-sel mati.

 

TINGKATKAN SISTEM IMUN

Ambil makanan yang boleh membantu meningkatkan sistem imun anda. Suplemen dan pemakanan yang sihat amat penting dalam diet harian anda.

 

PENGGUNAAN MINYAK LAVENDER ATAU TEA TREE OIL

Penggunaan minyak ini dikatakan efektif dalam menyingkirkan dan membunuh demodex. Gunakan produk penjagaan yang mengandungi minyak ini atau langsung sapukan pada kulit bagi mengelakkan pembiakan demodex.

HINDARI DEMODEX CARA SHAKLEE

Shaklee telah menghasilkan satu rangkaian penjagaan wajah yang cukup hebat iaitu YOUTH. Kalau biasanya, kita perlu buat pilihan samada nak gunakan produk yang semulajadi tetapi kesannya lambat, atau produk yang mengandungi bahan kimia tetapi anda dapat lihat kesan yang anda inginkan dalam masa yang singkat. Dengan YOUTH, anda tak perlu buat pilihan kerana ianya bukan sahaja semulajadi dan selamat malah ianya bertindak dalam jangkawaktu yang singkat!

 

KENAPA YOUTH?

Youth mengandungi produk pencuci muka, penyegar, pelembab dan serum yang dapat memastikan wajah anda:

  • Bebas kotoran
  • Pori semakin mengecil
  • Menghilangkan bintik penuaan dan hitam
  • Mengurangkan jerawat
  • Awet muda

Dan pelbagai kesan positif hanya dalam 4 penjagaan asas sahaja. hebat kan? Ia juga mengandungi nutrisi yang yang diperlukan oleh kulit anda untuk kelihatan lebih muda, penjanaan sel lebih pantas dan memastikan kulit anda lebih sihat dari dalam. Berbaloi guna dan singkirkan demodex dari hidup anda.

 

KENAPA VITAMIN C DAN GARLIC COMPLEX?

Kedua-duanya mampu membantu meningkatkan imun sistem anda. Garlic complex dikenali dan digunapakai sejak berkurun dahulu kerana sifat nya sebagai antibiotik semulajadi. Begitu juga dengan vitamin C. Jadikan ianya sebahagian dari diet harian anda untuk kulit yang lebih sihat, imun sistem yang lebih baik dan kesihatan yang lebih baik!

Nak dapatkan YOUTH, VITAMIN C & GARLIC COMPLEX? Hubungi kami segera. Bulan ni ada promosi tau! Rebut jangan tak rebut! GST pon dah 0%. Untung sangat.

*Malam ni jugak akan ku skrub muka dan nyah demodex dari kulit ku. Gelinya terbayang saat kita tidur, demodex keluar dari satu liang pori ke liang yang lain sambil makan sel mati, hisap minyak muka dan mengawan! Euwwww!!

Similar Posts