kulit cantik dengan vitamin c

Kulit cantik bukan impian wanita sahaja, yang lelaki pun sama. Yelah, siapa nak kulit muka bermasalah kan? Orang bila pandang kita, muka kitalah yang dilihat dulu. Kalau cantik bersih kulit muka kan ke sedap mata memandang, keyakinan diri pun bertambah. Ramai orang sanggup buat apa sahaja untuk mendapatkan kulit yang cantik. Tengok sahaja artis korea. Kulit memang lawa tapi bukan senang mereka nak dapat kulit macam tu. Rutin penjagaan yang ketat, jumpa dermatologi pun seminggu sekali, ada yang sampai buat suntikan vitamin C, botox dan pembedahan juga. Di Barat, ramai yang mendapatkan bekalan vitamin dengan pergi ke hospital sebulan sekali dan mendapatkan bekalan vitamin melalui IV. Macam-macam cara dilakukan untuk kelihatan 10 tahun lebih muda. Segalanya untuk mendapatkan kulit yang cantik. Tapi kita bukan artis korea atau barat 🙂 Apa kata kita buat sesuatu yang lebih mudah tetapi hasilnya tetap mengagumkan!. Percaya tak kalau Adaa kata kita boleh dapatkan kulit cantik dengan vitamin C? Ya, vitamin C yang memang sinonim dengan produk kecantikan tu. Tapi kali ini bukan melalui suntikan ke apa tau. Anda boleh dapat kulit cantik dengan vitamin C hanya melalui pengambilan suplemen.

KULIT CANTIK DENGAN VITAMIN C

 

Bagaimana Vitamin C boleh membantu anda mendapatkan kulit yang cantik?

AWET MUDA

Vitamin C merupakan antioksidan yang sangat baik. Ia membantu mengekalkan kelembapan kulit dan mengelakkan kemunculan kedutan di wajah serta menentang radikal bebas.

SINAR MATAHARI

Vitamin C bukan sahaja mampu menghalang kerosakan akibat sinar UV, tetapi ia juga bertindak seperti pelindung suria semulajadi untuk kulit kita. Ia membantu memudarkan kesan kerosakan sinar UV pada wajah dan menjadikan tona lebih sekata.

TEGANG DAN ANJAL

Kulit yang anjal memang idaman semua. Vitamin C sangat penting dalam membantu penghasilan kolagen yang bertindak memastikan kulit kita anjal dan tegang. Apabila umur mula mencecah 20-an, penghasilan kolagen mula menurun dan apabila kekurangan kolagen, kulit akan kelihatan tidak bermaya serta menggelebeh. Sebab itu, pengting untuk kita mendapatkan bekalan vitamin C setiap hari demi kulit yang bermaya dan berseri!

JERAWAT!

Tubuh kita menggunakan vitamin C bagi memulihkan tisu yang rosak dan membantu memulihkan kecederaan seperti  luka, lebam dan jerawat. Jika anda inginkan kulit yang bebas jerawat atu mengecutkan jerawat dengan cepat, tingkatkan pengambilan vitamin c anda.

KULIT YANG LICIN

Kulit muka berlubang, berparut, bonjolan sana sini, jerawat, semuanya boleh dibaiki! Tanpa nutrisi yang secukupnya, kulit akan menjadi kering dan kasar. Vitamin C membantu meningkatkan penghasilan elastin yang mana ianya menebalkan, melindungi dan memulihkan sel dan tisu kulit. Penebalan elastin tadi membantu mengekalkan lebih banyak lembapan, meningkatkan pengaliran darah dibawah kulit menjadikan kulit lebih berseri.

 

Z

TAHUKAH ANDA?

Vitamin C merupakan vitamin larut air. Jadi ianya tidak tersimpan di dalam tubuh dan senang disingkirkan dari tubuh. Untuk memastikan tubuh mendapat bekalan vitamin C yang secukupnya, anda haruslah makan makanan kaya vitamin C setiap hari atau dengan pengambilan suplemen.

PENTINGKAH PENGAMBILAN VITAMIN C SETIAP HARI

 

Penting atau tidak? Kalau nakkan kulit cantik dengan vitamin C dah tentulah kena pastikan pengambilan vitamin C harian tu mencukupi.  Vitamin C merupakan vitamin larut air dan sangat mudah disingkirkan dari tubuh melalui perkumuhan, penghadaman, perpeluhan dan sebagainya. Ia juga sangat mudah terhapus akibat faktor cuaca, stress, pemakanan, merokok dan faktor luaran yang lain.

Setiap hari, kita memerlukan sekurang-kurangnya 8 biji oren untuk mencukupkan keperluan vitamin C. Agak-agaklah kan, mampu tak nak makan 8 biji oren setiap hari? Jangan tipu ya, kalau sehari mungkin boleh. Setiap hari? herm, fikir banyak kali juga tu.

Nak mudah, ambil sahaja Sebiji Vitamin C shaklee! Kos pun sangat rendah. Baru 50 sen sehari. Dari nak beli oren 8 biji sehari dah berapa ringgit kan. Jenuh pulak tu nak makan.

Ingat, disamping pengambilan suplemen Vitamin C, pastikan pemakanan kita seimbang, gaya hidup yang sihat. Bukan kulit muka sahaja boleh cantik berseri, tubuh anda juga akan lebih sihat dan bertenaga.

Dah percaya anda boleh dapat kulit cantik dengan vitamin C? Nak lebih pasti kenalah cuba!

Nak tahu apa lagi manfaat Vitamin C? Klik SINI ya!

Contact Us

Untuk sebarang pertanyaan, pembelian produk, rundingan produk dan kesihatan serta peluang jana income bersama team kami sila hubungi kami segera!

Service hour: 24 hours 7 days a week

Cod: Seremban, Ampangan, Kuala Pilah, Senawang, Seremban 2

Delivery: Seluruh Malaysia juga luar negara!

Pin It on Pinterest

Share This