Dr Sonhee Park

ANDA KENAL TAK DENGAN DR SONHEE PARK?Belum kenal? Meh adaa kenalkan. Kena ke kenal? Ada sebabnya..Baru-baru ini Adaa telah menyertai Baby RoadShow yang dianjurkan oleh Shaklee. Disana, Dr Sonhee Park telah menjadi main speaker yang menerangkan tentang Vitamin yang sangat diperlukan sebelum mengandung sehinggalah kita menyusukan anak, kenapa ia penting dan bagaimana vitamin tersebut boleh membantu. Dr Sonhee park telah memberikan penerangan yang cukup padat sampai rasa macam masuk kelas kimia balik pun ada hehe. Tetapi yang Adaa nak tekankan disini, kenapa Dr Sonhee Park yang dipanggil kenapa tidak orang lain? Beliau terbang dari US semata-mata untuk menyampaikan pengetahuan yang penting kepada ibu-ibu dan bapa-bapa. Maksudnya beliau mesti seorang yang sangat penting dalam dunia Suplemen ini kan?

 

SIAPAKAH DR SONHEE PARK

 

Dr Sonhee Park (Ph.D., CCRP), merupakan Senior Research Scientist in Research & Development. Beliau bertanggungjawab dalam langkah-langkah pembangunan produk baru; Selected New Product Development (NPD) dari segi idea, konsep pembangunan, pemilihan bahan, menjalankan ujian keberkesanan/ keselamatan bagi membuktikan keberkesanan sesuatu produk, dan menerangkan manfaat sesuatu produk dari segi kesihatan bagi memenuhi keperluan pengguna. Beliau juga bertanggungjawab untuk mengemukakan manuskrip teknikal kepada jurnal saintifik yang dikaji semula untuk diterbitkan, menerbitkan aplikasi paten idea-idea baru dengan sifat intelektual, mendidik pelanggan / pengguna mengenai manfaat pemakanan Produk Shaklee, dan mewujudkan kepimpinan saintifik dalam masyarakat untuk Sains Pemakanan.

Dr Sonhee Park telah memperolehi Ph.D. dalam Biochemical and Human Nutrition dari Ohio State University, Amerika Syarikat, dan MS / BS dalam Foods & Nutrition di Seoul, Korea Selatan. Beliau juga adalah Certified Clinical Research Professional (CCRP).
Beliau telah datang ke Shaklee bersama lebih daripada 25 tahun pengalaman dalam post-doctoral  in major food/beverage and medical food companies and academia, termasuk 17 tahun pengalaman dalam clinical trial management.
Beliau telah mengajar beberapa kelas nutrisi sebagai Profesor Adjunct Associate di Department of Human Nutrition at The Ohio State University selama 15 tahun dan telah menulis 57 karya-karya saintifik, bab buku, dan abstrak.

Dr Sonhee Park juga merupakan Principal Scientist and Clinical Project Manager at Nestlé Clinical Development Unit. Sebelum ini, beliau bekerja sebagai saintis Senior II untuk The Coca-Cola Company dan Saintis Penyelidik di Abbott Nutrition and General Mills, yang telah menjalankan pelbagai ujian klinikal dalam bidang pengurusan berat badan, kenyang, kencing manis dan pediatrik.

 

NUTRISI PENTING UNTUK IBU DAN BAYI

 

Dengan pengalaman selama berpuluh tahun dalam bidang nutrisi dan pemakanan, Adaa pasti info yang disampaikan adalah tepat. Jadi Adaa sangat berbesar hati dapat berjumpa dengan beliau dan mendengar sendiri pendapat beliau berkaitan nutrisi yang diperlukan oleh ibu-ibu dan bapa-bapa serta pengalaman beliau dalam dunia nutrisi dan pemakanan.

Ini sesi meet and greet bersama beliau. Adaa sangat gembira kerana beliau bukan sahaja berpengaruh, cantik, malah sangat ramah. Walaupun tak kenal siapa kita, masa pun terhad (orang ramai lagi beratur) tapi bila adaa ajukan soalan dan memulakan perbualan, beliau membalas dengan cukup ramah. Bak kata suami “macam dah lama kenal nampak, kemain borak ” haha. Bila lagi nak dapat tanya macam-macam kat saintis kan.

Kalau anda lihat sendiri, agak-agak umur beliau berapa? Mula-mula adaa tengok ingatkan lewat 40-an, rupanya dah nak sama tua dengan mak mertua ku, 63 tahun! Masih cantik, sihat, elegan kan? Katanya kebanyakan rakan beliau mengadu menghidap penyakit diabetes, jantung, buah pinggang, sendi. Tetapi beliau pula berbeza. Dengan mengamalkan apa yang dipelajari dan mengamalkan suplemen, beliau bebas dari sebarang penyakit kronik. Malah seluruh ahli keluarga beliau mengamalkan suplemen Shaklee.

” Ala, mana aci..dia kerja dengan Shaklee, memanglah makan Shaklee”

Tidak. Beliau telah mengamalkan Shaklee selama bertahun-tahun. Dan ada sebab kenapa beliau mengamalkan produk Shaklee. Bukan takda produk bagus dipasaran, tetapi beliau mencari produk yang benar-benar berkesan dan selamat bermula dari peringkat awal penanaman, pemprosesan sehinggalah pembungkusan. Prinsip Shaklee tentang mesra Alam sekitar dan bersatu dengan alam semulajadi telah menjadikan produk Shaklee produk yang berkesan sehingga mampu bertahan lebih 100 tahun! Dr Sonhee Park pun kena beli tau suplemen Shaklee, bukan dapat percuma pun. Itu dia cakap bukan Adaa ok 🙂

Dah kenal kan? Ini baru seorang saintis di Shaklee Corporation. Shaklee mempunyai ramai lagi Saintis yang menyumbang kepada kualiti dan keberkesanan produk-produknya. Yang pasti, ianya produk yang boleh diyakini!

HUBUNGI KAMI

Sekiranya anda ingin membuat pertanyaan mengenai produk Shaklee, konsultasi atau pembelian produk, boleh hubungi kami segera. 

Kami juga membuka peluang untuk anda menyertai team kami yang berpengalaman lebih 21 tahun sebagai rakan niaga dan memulakan perniagaan Shaklee anda sendiri. Jom jadi jutawan sihat!

Pin It on Pinterest

Share This