Teknik marmet

Sebelum Adaa mulakan, adaa mohon maaf jika visual yang dipaparkan agak kurang sesuai. Ini adalah untuk tujuan pembelajaran semata-mata. Harap faham ya. Setiap ibu yang melahirkan bayi pasti ingin menyusukan anak secara eksklusif. Zaman sekarang masyarakat semakin peka dengan penyusuan susu ibu dan hospital pun dah jadi Hospital Rakan Bayi. Lepas bersalin jururawat akan mula mengajar teknik untuk mengeluarkan susu iaitu teknik marmet. Ada orang tak pernah guna teknik marmet sebab ada pam. Yang manual ada yang elektrik pun dah ada sekarang jadi tak pernah ambil tahu tentang teknik marmet ni. Bagi Adaa, penting untuk semua ibu tahu teknik ini kerana ini ialah teknik paling asas dan sangat berkesan dalam mengeluarkan susu badan. Jangan rasa terbeban jika anda tidak ada pam susu kerana anda juga boleh perah susu dan jadikan stok untuk anak anda hanya dengan menggunakan tangan!

PELAJARI TEKNIK MARMET

 

“Macam mana ni? Sakit lah!”

 

Ini keluhan biasa dari para ibu. Mana tak sakit, tekniknya salah. Kalau betul tekniknya, tak sakit pun ibu-ibu sekalian. Malah sangat selesa dan senang.

Seperti yang anda lihat dalam rajah diatas, itu lah langkah-langkah untuk menggunakan teknik marmet dengan betul. Adaa pasti, dengan gambar sahaja ibu-ibu mungkin kurang jelas kan. Nak tanya, malu pula. Jadi dalam entry kali ini adaa serta video berdurasi 9:18 minit lebih supaya ibu-ibu lebih jelas dan mampu mempraktikkannya sendiri.

BERI YANG TERBAIK UNTUK BAYI ANDA

 

Rasanya sangat jelas penerangan oleh Dr Rohaya tadi. Jadi semoga ibu-ibu lebih mahir menggunakan teknik marmet terutamanya diawal kelahiran kerana pada ketika itu, susu sangat sedikit dan pekat. Ini yang dipanggil kolostrum. Jika bayi anda tidak ada bersama anda, anda boleh gunakan teknik ini untuk mengeluarkan kolostrum dan sedut dengan picagari. jika anda menggunakan pam, ianya akan terbazir kerana ianya mungkin akan melekat dicorong pam sahaja kerana kuantiti yang terlalu sedikit dan terlalu pekat. Sayang tau. Jadi, jangan bazirkan cecair emas anda tu. pelajari teknik ini dan selamat mengamalkannya!

HUBUNGI KAMI

Sekiranya anda ingin membuat pertanyaan mengenai produk Shaklee, konsultasi atau pembelian produk, boleh hubungi kami segera. 

Kami juga membuka peluang untuk anda menyertai team kami yang berpengalaman lebih 21 tahun sebagai rakan niaga dan memulakan perniagaan Shaklee anda sendiri. Jom jadi jutawan sihat!

Pin It on Pinterest

Share This