Krisis Kesihatan: Adakah Anda Terlibat?

Kesihatan

Inilah yang orang panggil kebenaran itu pahit. “Ugly Truth” bak kata orang putih. Samada anda suka atau tidak, Adaa nak berkongsi sedikit fakta atau statistik mengenai kesihatan rakyat Malaysia sekarang. Agak-agak anda lah, zaman dah tentu semakin moden, teknologi juga dah tentu semakin canggih, tapi adakah kesihatan kita semakin meningkat? Adakah hospital semakin lengang? 

Kadar Kematian

3/4 daripada 32 Juta rakyat Malaysia menghidap penyakit tidak berjangkit seperti kanser, diabetes, sakit buah pinggang, osteoarthritis, osteoporisis, Alzheimer, katarak dan lain-lain.

36% daripada 3/4  rakyat Malaysia tadi menghidap penyakit kardiovaskular iatu penyakit berkaitan dengan jantung

10 daripada 32 Juta rakyat Malaysia menghidap kolesterol tinggi!

Dari 32 juta, 20 juta dewasa dan10 juta kanak-kanak. Jika 10 juta dari dewasa mempunyai kolesterol tinggi, bermakna separuh dari rakyat Malaysia dewasa tidak sihat!

1/4 daripada jumlah rakyat Malaysia menghidap kanser sebelum usia 75 tahun!

DAN 50% daripadanya hanya tahu mereka menghidap kanser apabila mencecah peringkat akhir atau final stage.

Krisis Kesihatan

Lihat sendiri, kalau anda kira betul-betul, dari 32 juta rakyat Malaysia, beramai ramai sahaja yang sihat atau cakna tentang kesihatan mereka?

Rata-rata mereka yang bebas masalah kesihatan adalah golongan yang ambil tahu tentang apa yang mereka makan seperti pakar nutrisi, pakar diet dan sebagainya. Selebihnya?

Lihat sendiri makanan sekeliling kita. Berapa banyak sangat restoren yang menghidangkan makanan sihat? Hampir lebih 90% menawarkan makanan tinggi gula, tinggi pengawet, tinggi bahan perasa. 

Makanan semakin berevolusi. Peniaga semakin kreatif. Dalam keadaan krisis kewangan, kita semua dah pasti akan lakukan apa sahaja dan jual apa sahaja untuk mendatangkan duit. Ini normal untuk kelangsungan hidup.

Soalnya, kita sendiri bijak atau tidak untuk memilih dan menjaga diet harian kita?

Dalam satu keratan akhbar bertajuk Rates of non-communicable diseases in Malaysia worrying, says Dr Dzulkefly ada menyebut Malaysia kini semakin membimbangkan. Kadar obesiti makin tinggi, diabetes makin tinggi, begitu juga darah tinggi dan jantung. Jadi apa tindakan kita?

  • Jaga makan, mungkin dah jaga. 
  • Senaman, dah buat.

Jadi kenapa masih tidak sihat?

  • Lihat balik kualiti makanan kita. Kalau dulu zaman nenek moyang kita, semuanya organik. Tanam sendiri, petik sendiri, masak sendiri. Sekarang? semuanya beracun. Hanya sedikit sahaja yang organik. Itu pun mahal.
  • Cara masak. Kebanyakan vitamin dan nutrisi sangat sensitif. Silap cara, kenyang jelah dapat. Nutrisi satu pun tak dapat. Contoh, soya kalau dimasak pada suhu terlalu panas boleh hilang zat proteinnya. Ayam yang dibakar, kalau bakar sampai hitam boleh jadi karsinogen, berisiko kanser pula. Dah macam orang hisap rokok pula. 
  • Faktor sekitar. Cuaca yang panas, debu halus, pencemaran, sinar matahari, semuanya boleh menyumbang kepada kekurangan zat. Sinar matahari dengan senang boleh menghapuskan vitamin C. Stress juga boleh memusnahkan vitamin C dan zat lain dalam tubuh. 

Adakah Perlu Suplemen?

Pakar kesihatan dah lama kaji bab ni. Kita sahaja yang tidak sedar. Negara maju lain dah lama mengamalkan pengambilan suplemen disamping mengubah cara pemakanan mereka dan hidup lebih aktif.

Di Malaysia kesedaran masih kurang. Golongan yang mahu cakna, alhamdulillah. Tetapi ramai juga yang hanya redha dan memilih untuk makan apa sahaja. Silalah sayangkan kesihatan anda.

 

Saya Sayangkan Kesihatan

Yang mahu berubah, masih belum terlambat. Pilih pola pemakanan yang betul, porsi pemakanan yang disarankan iaitu suku karbohidrat, suku protein dan separuh buahan + sayuran.

Kekalkan gaya hidup aktif. Kebanyakan profession hanya duduk seharian di meja. Jadi ambil peluang lain untuk lebih aktif. Pilih tangga berbanding eskalator, berjalan berbanding duduk, senaman ringan 3 kali seminggu dan banyak lagi cara untuk kekal aktif.

Suplemen diri anda. Jika makanan itu bukan anda yang tanam, masak dengan cara betul, dah pasti zatnya kita takkan tahu banyak mana, ada atau tidak. Dunia sekarang bukan macam dulu. Dek kerana pemakanan, kadar kesuburan pun merosot. Sebab apa? Kita terlalu banyak makan “kimia” berbanding “real food”. Makan nuget, sosej, makanan dalam tin.  Badan kita hanya mengenal makanan fitrah, makanan semulajadi. Bukan makanan proses, yang disuntik, yang disembur racun. Jadi, nak pastikan tubuh kita dapat zat yang sepatutnya, suplemen diri anda.

Pilih suplemen yang terbukti berkesan, selamat. 

Adaa pilih Shaklee sejak 9 tahun yang lalu. Nak ambil suplemen pastikan ada landmark study, kajian yang mendalam, terbukti.

Bukan sekadar baca label tetapi fahami dan jadi pengguna bijak. Sekarang ramai yang ‘claim’ suplemen mereka yang terbaik. Tetapi adakah wujud kajian saintifik, jurnal bertulis? Adakah ujian klinikal dijalankan? Tahu dari mana sumber suplemen tersebut? Kaji dan kaji. Jangan pula suplemen timbang, di bungkus semula, ditukar label, yang itu juga yang dicari semata-mata nak kesan yang cepat. Be Wise!

Adaa dah cukup yakin dengan Shaklee kerana Shaklee ada kesemuanya. Malah setakat ini, Shaklee adalah suplemen paling lama bertahan dan terbukti berkesan.

Baca:

Kajian Penting mengenai Suplemen Makanan

Clinical Research Study

Bersedia untuk mula keluar dari krisis kesihatan dan mula suplemen diri anda?

Similar Posts