soya bahaya untuk lelaki

Panas!!! Kenapa pula ada isu katanya soya bahaya untuk lelaki? Ada juga beberapa orang pelanggan lelaki yang sering tanya tentang soya ESP ni. Bila Adaa terangkan, dia nampak berminat tapi akhirnya dia kata takut nak ambil. Kenapa ya? Apa yang seram sangat soya dan kaum lelaki ni? Sebelum ni Adaa tak pernah tahu pula soya bahaya untuk lelaki, jadi agak tertanya-tanya juga lah. Katanya, “takut jadi feminin pulak nanti kak”. Lebih terus terang bila ada yang kata “kang jadi perempuan pulak” . Aduh, lelaki jadi feminin sebab soya? Bagaimana tu? Apa kandungan soya sampaikan ramai yang berpendapat soya bahaya untuk lelaki?

Kacang soya sangat kaya dengan phytoestrogen, iaitu subclass kumpulan antioksidan yang dikenali sebagai Isoflavone. Struktur kimia phytoestrogen sangat mirip dengan hormon seks manusia iaitu estrogen. Kesamaan ini membolehkan ia kadang kala meniru atau menghalang hormon pada binatang/haiwan dengan reseptor estrogen (iaitu mamalia).

Oleh kerana ia boleh berinteraksi dengan reseptor estrogen, phytoestrogen berpotensi memainkan peranan dalam mana-mana proses biologi yang melibatkan estrogen. Kenyataan ini telah menimbulkan spekulasi bahawa jika lelaki mengambil terlalu banyak soya, mereka boleh menjadi feminin.

Memang ada kemungkinan yang ia boleh mempengaruhi fungsi biologi lelaki, tetapi setakat ini tiada sebarang bukti sahih. Setakat ini cuma ada KEBETULAN sahaja. Terdapat kes yang mengatakan soya boleh mempengaruhi kelelakian seseorang seperti mengurangkan kesuburan, fungsi ereksi, ‘man breast’, penurunan libido dan hormon testosteron tetapi ianya terjadi hanya ketika mereka mengambil jumlah protein soya melebihi kadar yang sepatutnya atau kadar normal.

Dalam entry adaa sebelum ini, Adaa kongsikan jumlah pengambilan protein yang dicadangkan iaitu 2g/0.45kg berat badan. Jadi andaikata protein anda semuanya dari soya, anda boleh kira berapa banyak soya yang anda boleh ambil. Kadar yang dikatakan melebihi normal tu berapa? Kalau anda minum 9-10 kali sehari selama beberapa bulan, anda mungkin berisiko menghadapi masalah yang disebutkan tadi. Kalau minum soya kotak besar setiap hari berbulan lamanya, tak mustahil lah kan, siap dapat risiko diabetes pula nanti.

JADI, BENARKAH SOYA BAHAYA UNTUK LELAKI?

Sebenarnya, tiada bukti sahih yang mengatakan ianya bahaya untuk kaum lelaki. Jadi ianya selamat untuk diambil. Oleh kerana spekulasi sebegini, ramai orang yang rugi daripada mendapat manfaat soya. Seperti yang adaa kongsikan di SINI, soya mengandungi 1001 kebaikan yang boleh dinikmati oleh semua orang. Salah satunya adalah kesihatan prostat. InsyaAllah adaa akan kongsikan kemudian tentang soya dan kesihatan prostat pula.

Sentiasa beringat, walau apa pun yang kita ambil, yang kita makan, sentiasa ambil dalam kuantiti yang sepatutnya dan bukan secara berlebihan. Ramai orang takut bila ada spekulasi soya boleh memfemininkan lelaki katanya, sedangkan mereka sepatutnya sedar yang bukan soya sahaja boleh membahayakan lelaki, malah banyak lagi. Contoh paling mudah, nasi. Nasi kalau diambil secara berlebihan dalam masa yang panjang boleh menyebabkan pelbagai penyakit seperti obesiti, diabetes, dan banyak lagi. Yang ini memang kita sendiri nampak kan. Jadi, sama juga dengan makanan yang lain. Kita makan untuk mendapat manfaat, jangan sampai mendapat mudarat.

Remember, it’s the dose that make the poisons.

Kalau kita ambil garam berlebihan, boleh kena darah tinggi, gula berlebihan, diabetes. Semuanya ada risiko jadi sebab tu kita kena besederhana dalam pengambilan makanan. Inilah yang dikatakan makan secara seimbang.

Jangan takut untuk ambil soya wahai kaum lelaki diluar sana. Sayang tak dapat merasa kelebihan dan manfaat salah satu tumbuhan ciptaan Allah ni.

Dan dalam pemilihan soya pula, seperti yang adaa kongsikan dalam entry SOYA BAHAYA UNTUK KESIHATAN?, pastikan soya tersebut menepati 7 kriteria yang disebut. Di Shaklee, kami mempunyai ESP yang lengkap dengan ketujuh-tujuh kriteria yang telah ditetapkan. ESP ni produk terlaris di Shaklee sejak bertahun tahun lamanya. Lelaki perempuan semua ambil. Adaa sendiri dah minum dalam 7 tahun. Ya 7 tahun. Bukan sahaja rasa yang enak, Non-GMO, dari penanaman , tumbesaran sampailah pemprosesan semuanya secara organik tau. Cuci pun tak guna alkohol jadi zatnya tak musnah serta tak melalui pemanasan yang boleh mematikan segala manfaat dan zat. Ini adalah produk no 1 kami. Rugi tak cuba 🙂

READ  RAHSIA KULIT CANTIK DENGAN SOYA

Jadi, dah jelas ya wahai kaum Adam sekalian. Jangan takut ya.

Contact Us

Untuk sebarang pertanyaan, pembelian produk, rundingan produk dan kesihatan serta peluang jana income bersama team kami sila hubungi kami segera!

Service hour: 24 hours 7 days a week

Cod: Seremban, Ampangan, Kuala Pilah, Senawang, Seremban 2

Delivery: Seluruh Malaysia juga luar negara!

Pin It on Pinterest

Share This