eczema

Tensionnya bila ada masalah kulit. Stress sikit muncul jerawat, lepas bersalin muncul jeragat. Panas sikit muncul ruam lah, kulit eczema lah macam-macam! Kena pulak orang yang jenis kulit sensitif, aduh, lagi leceh kan. Kadang tu sampai tak tahu nak buat apa. Kalau anak yang kena eczema dan ruam tu lagi kesian. Tapi kan, tahu tak ada satu asid lemak yang boleh membantu? Bukan Vitamin C dan Vitamin E sahaja popular untuk kulit, ada juga asid lemak yang boleh membantu masalah seperti eczema, ruam, jerawat, jeragat dan pelbagai masalah kulit.

ATASI ECZEMA, RUAM & MASALAH KULIT DENGAN GLA

 

Anda tahu apa itu GLA? GLA atau Gamma linolenic acid merupakan lemak yang boleh didapati dalam pelbagai minyak biji tumbuhan contohnya seperti borage oil dan yang lebih biasa digunakan dipasaran, evening primrose oil.

Gamma linolenic acid (GLA) is used for conditions that affect the skin including systemic sclerosis, psoriasis, and eczema. It is also used for rheumatoid arthritis(RA), polyps in the mouth, high cholesterol and other blood fats, heart disease, metabolic syndrome (Syndrome-X), diabetic nerve pain, attention deficit-hyperactivity disorder (ADHD), depression, depression after childbirth, chronic fatigue syndrome (CFS), and hay fever (allergic rhinitis). Some people use it to prevent cancer and to help breast cancer patients respond faster to treatment with the drug tamoxifen. here

GLA ni mempunyai banyak manfaat. Ini merupakan salah satu suplemen kegemaran Adaa terutamanya selepas bersalin. Waktu kita mengandung, tubuh kita melalui pelbagai perubahan. Dari segi emosi, hormon, fizikal apatah lagi. Bila hormon dah macam roller-coaster ni, mulalah pelbagai masalah baru timbul. Jeragat, jerawat, tompok, topeng mengandung, kulit gatal macam eczema lah macam-macam. Bila nak dah besar sikit rambut pula gugur. Orang tua kata sebab anak dah menyembur air liur. Sebenarnya sebab hormon ya ibu-ibu. Hormon kita ni baru nak adjust balik kepada keadaan asal. Jadi, banyaklah perubahannya. Jadi orang perempuan ni mula mengandung, sampai lepas bersalin, sampai anak besar, macam-macam kena lalu. Sebab tu adaa suka GLA ni, macam mom’s best friend lah lebih kurang.

Ianya bukan sekadar baik untuk kulit dan wanita tetapi lebih daripada tu tau.  Tapi kenapa GLA, kenapa tak Omega 3 ke Omega 6 ke atau asid lemak yang lain?

Beautiful skin requires a very special essential fatty acid called Gamma Linolenic Acid, also known as GLA. GLA builds better, more beautiful skin from the inside out.

Ya memang banyak asid lemak tetapi GLA ni istimewa sebab memang khas untuk kulit.  Tetapi, sayang sebab tubuh kita tidak boleh menghasilkan GLA dengan sendirinya. Jadi, kita perlu mendapatkannya melalui pemakanan. Kalau diet harian kita memang kaya dengan GLA takda masalah lah, tetapi kalau kita tak dapat penuhi melalui diet harian, kita boleh mengamalkan pengambilan suplemen. Lebih mudah. Bagi Adaa, memang tipulah kalau hari-hari diet kita, kita dapat lengkapkan dengan GLA ni. Nutrisi asas pun belum tentu. Kadang tu makan pun tak. Ye tak? Sebab tu adanya suplemen ni adik kakak sekalian. Menyenangkan kita. Tapi seperti biasa, pastikan kita ambil yang semulajadi, selamat dan berkesan.

BAGAIMANA GLA MEMBANTU MASALAH KULIT?

RUAM & ECZEMA

Tahu tak, apabila tubuh kita kekurangan GLA, penyakit kulit seperti eczema, psoriasis, rosacea, kerak kepala, dermatitis, jerawat, dan kulit kering senang berlaku. GLA sangat penting bagi mengekalkan fungsi kulit contohnya melembapkan kulit. Apabila kulit kita kekurangan GLA, kulit akan mudah kering lalu menimbulkan rasa gatal, ruam dan menjadikan eczema lebih teruk. Untuk mengatasi masalah eczema, anda boleh mengamalkan pengambilan 500mg minyak GLA 2 kali setiap hari dan cuba amalkan selama sekurang-kurangnya 3 bulan. Mesti anda akan nampak perubahan yang positif. Kenapa 3 bulan? Kerana sel kuilt kita akan berganti setiap 90 hari. Sebab tu kalau kita ambil apa juga suplemen, sila sabar baru nampak kesan. Kalau cuba sebulan lepas tu tukar, tukar, tukar memang sampai ke sudah tak jumpa produk yang sesuai. Juga, ingat ya, produk yang bebas kimia lazimnya ambil masa yang lebih lama untuk sesuai dengan tubuh kita. Jadi, sabar, biar lambat asal selamat.

” kak, anak saya kena ruam, eczema teruk lah, macam mana nak buat ye?”

Ini soalan yang selalu adaa dapat. Selalunya bayi baru lahir lah ada masalah ruam ni atau kanak-kanak bawah 5 tahun. Nak menelan kapsul pun belum pandai. Macam mana nak bagi GLA kan? Jangan risau. Bagi ibu-ibu yang mengalami masalah ini, anda boleh sapukan 500mg minyak GLA 2 kali sehari pada bayi anda. Kalau menggunakan GLA COMPLEX SHAKLEE, satu kapsul mengandungi 500mg GLA jadi anda hanya perlu pecahkan sebiji kapsul dan sapukan pada bayi anda. Lakukan 2 kali sehari selama 6 minggu. InsyaAllah kulit akan kembali elok. Jangan risau, GLA ni takda bau hanyir ke apa pun dan mudah meresap. Jadi tak melekit pun.

SUNBURN

Bagi mengelakkan terjadinya sunburn, boleh ambil GLA ni dua biji setiap hari. Kulit akan lebih lembap, sel lebih sihat dan dapat memperbaiki kulit dengan cepat.

MENOPAUSE

Apabila seseorang mengalami menopause atau premanopause, hormon akan jadi tak tentu arah. Maka, banyaklah simptom lain yang keluar contoh badan makin panas, kulit kering, gatal dan sebagainnya. Kebolehan tubuh untuk menukar asid lemak daripada makanan yang kita makan kepada GLA juga semakin berkurangan. Jadi kulit akan menjadi semakin kusam, lesu, tidak anjal dan sebagainya. Pengambilan GLA dapat membantu menstabilkan hormon serta memperbaiki masalah kulit. Pengambilan GLA 2 biji sehari dapat membantu mengekalkan kelembapan kulit serta memberikan pelbagai manfaat tambahan. Jadi, pastikan anda amalkan bagi mendapatkan kulit yang lebih sihat, cantik dan bermaya.

HUBUNGI KAMI

Sekiranya anda ingin membuat pertanyaan mengenai produk Shaklee, konsultasi atau pembelian produk, boleh hubungi kami segera. 

Kami juga membuka peluang untuk anda menyertai team kami yang berpengalaman lebih 21 tahun sebagai rakan niaga dan memulakan perniagaan Shaklee anda sendiri. Jom jadi jutawan sihat!

Pin It on Pinterest

Share This