Shaklee Lazada Termurah| Sejak akhir-akhir ini semakin ramai yang mencari produk Shaklee secara online dan offline dan platform terlaris pastinya online kerana semuanya dihujung jari. Mudah nak banding harga, mudah nak dapatkan secara pos sampai terus ke muka pintu anda. Setakat ini Shaklee Lazada telah menawarkan harga paling murah selain Shopee, 11 Street, Iprice dan lain-lain. Ya murah sangat, tetapi adakah ianya tindakan yang tepat untuk beli di platform tersebut?

 

“Kak, saya dah beli produk Shaklee di Lazada, boleh bagitahu cara makan?”

“Kak, saya dah beli Vitalea untuk gastrik, betul tak?”

” Kenapa saya makan tak berkesan pun?”

” Kak, saya tak jadilah beli dengan akak, kat Lazada lagi murah”

Ini ayat-ayat biasa yang kami terima sejak Lazada, Shopee dan yang seangkatan dengannya mula popular. Kami tidak menafikan Shaklee Lazada memang murah tetapi adakah ianya saluran yang betul untuk anda dapatkan produk Shaklee?

 

PENGHARAMAN PENJUALAN PRODUK SHAKLEE DI E-COMMERCE SITE

Tak perlu nak cerita panjang, Adaa letak terus notis pekeliling dari Shaklee sendiri

Shaklee Lazada

Menurut pekeliling yang dikeluarkan pada 28 Julai 2017 ini, Shaklee secara jelas melarang sebarang penjualan produk Shaklee di e-dagang SELAIN di web rasmi Shaklee Malaysia sendiri yang hanya boleh diakses oleh ahli Shaklee yang sah.

Pihak Shaklee juga secara jelas menyatakan tidak akan bertanggungjawab terhadap segala urusan jual beli yang berlaku di platform e-dagang tersebut. 

Shaklee Lazada

Pada 20 Ogos 2018, Shaklee sekali lagi mengeluarkan pekeliling mengenai Larangan menjual produk Shaklee di laman e-dagang kerana ianya melanggar undang-undang jualan langsung. 

 

 TAPI SHAKLEE LAZADA MURAH!

Sekiranya anda masih ingin mendapatkan produk Shaklee di laman e-dagang seperti Lazada, Shopee, 11 Streets dan sebagainya tu, silakan. Tetapi anda perlu ingat beberapa perkara:

‼️Anda secara tidak langsung bersubahat dalam jualan pasaran gelap ni

‼️ Anda tidak akan mendapat konsultasi dari Pengedar Shaklee yang lain.

‼️ Anda mungkin membeli produk yang tidak berkaitan pun dengan masalah anda

‼️ Anda tidak akan mendapat kesan yang anda inginkan kerana cara pemakanan yang tidak betul

‼️ Anda mungkin mendapat barangan yang hampir dengan tarikh luput

‼️ Anda mungkin mendapat produk yang telah terbuka ‘seal’ nya

‼️ Barangan anda yang dijanjikan akan dipos tidak sampai

‼️ Produk yang diterima rosak dan bukan dalam bungkusan asal

‼️ Tidak terjamin kualiti dan ketulenan

‼️ Tidak mendapat jaminan dari pihak Shaklee

Shaklee Lazada

Jangan menyesal sekiranya anda tidak mendapat kesan atau produk yang anda mahukan dari segi kualiti dan sebagainya.

Untuk pengetahuan anda, setiap pengedar Shaklee bertanggungjawab memberikan konsultasi HANYA kepada mereka yang membeli dengan pengedar Shaklee tersebut. Jadi jangan sentap jika kami tidak melayan anda.

Bunyi macam kejam, tetapi itulah etikanya. Jika anda beli barang dekat Jusco, takkan anda nak minta customer service di Giant. Beli di laman e-dagang tapi minta konsultasi dari pengedar lain. Bukan kedekut ilmu, tapi kami juga ada tanggungjawab kami, masa kami untuk diberikan kepada pelanggan yang lebih berhak. 

Jika anda beli di Lazada, anda sepatutnya mendapatkan konsultasi dengan penjual tersebut.  Shaklee bukan produk yang anda boleh beli dan guna seperti beli periuk nasi ke, baju ke dan sebagainya. Anda memerlukan produk yang betul, cara penggunaan dan pemakanan yang betul serta sentiasa dipantau oleh Pengedar Shaklee yang sah. 

Di laman e-dagang yang lain, anda tidak akan mendapat keistimewaan tersebut. Jadi risiko ditangan anda. Penjualan tersebut sudah terang-terangan DILARANG. Jadi, sebagai pengguna kenapa anda mahu menyokong tindakan tersebut? Bukan sahaja merugikan anda, malah ianya menganiaya Pengedar Shaklee lain yang jujur dan patuh kepada P&R Shaklee. 

Jadi, sekiranya anda masih mahu membeli Shaklee Lazada atau mana-mana laman e-dagang, risiko atas anda sendiri. Kami telah memberitahu secara jelas.

 

ADAKAH SHAKLEE TAK BOLEH DIBELI SECARA ONLINE?

Berita baiknya, anda BOLEH! Shaklee boleh didapati secara online melalui laman web Shaklee Malaysia yang sah dan juga melalui Pengedar Shaklee yang sah disetiap pelosok Malaysia ni. Bukan secara online di laman e-dagang ok?

 

✅ Sekiranya anda seorang ahli Shaklee yang berdaftar, anda boleh melakukan pembelian secara terus di web www.shaklee2u.com.my. Hanya masukkan kata laluan dan id anda dan anda dah terus boleh melakukan pembelian secara online.

✅ Sekiranya anda bukan ahli Shaklee yang berdaftar, anda boleh mendapatkan produk Shaklee melalui Shaklee Independent Distributor atau Pengedar Sah Shaklee seperti Adaa.

✅ Anda boleh mendapatkan produk Shaklee secara ‘walk-in’ ke mana-mana cawangan Shaklee diseluruh Malaysia.

Untuk mendapatkan produk Shaklee secara online dan penerangan yang lebih jelas, anda boleh baca Cara Mendapatkan Produk Shaklee.

 Jadi, sekiranya anda tak mahu rugi dan menyesal lepas terbeli produk Shaklee, pastikan anda dapat dari sumber yang sah.

 

 

HUBUNGI KAMI

Sekiranya anda ingin membuat pertanyaan mengenai produk Shaklee, konsultasi atau pembelian produk, boleh hubungi kami segera.

Kami juga membuka peluang untuk anda menyertai team kami yang berpengalaman lebih 21 tahun sebagai rakan niaga dan memulakan perniagaan Shaklee anda sendiri.

Jom jadi jutawan sihat!

Pin It on Pinterest

Share This