resveratrol

Jika anda penggemar produk kesihatan atau kecantikan, pasti anda pernah dengar tentang resveratrol kan? Belum pernah? Penemuannya pada satu ketika dahulu pernah menggegarkan dunia perubatan, kesihatan dan kecantikan. Sehingga kini ianya telah membantu ramai orang dalam meningkatkan tahap kesihatan mereka. Apa yang istimewanya resveratrol sehingga sangat penting dalam dunia kesihatan?

APA ITU RESVERATROL?

Adaa takkan pergi secara detail tentang formula kimia atau ikatan kimia tetapi adaa akan cuba terangkan dengan lebih ringkas.

Resveratrol merupakan sejenis protective antibiotic yang dihasilkan oleh tumbuhan secara semulajadi sebagai tindakbalas kepada tekanan (stress) seperti kemarau, serangan fungi, radiasi ultraviolet atau keradangan. Molekul inilah yang membantu dalam melawan dan mengekalkan kesihatan.

KAYA DENGAN ANTIOKSIDAN

Para saintis sangat berminat dengan resveratrol kerana sifat antioksidannya yang sangat tinggi. Ia boleh didapati dalam pelbagai jenis tumbuhan. Ia dikatakan mampu memberi pelbagai manfaat kepada kesihatan seperti anti-penuaan, kesihatan jantung, anti-radang dan anti-kanser.

Antara tumbuhan yang kaya dengan resveratrol termasuklah anggur, kacang tanah, kacang pistachio, dan pelbagai jenis beri seperti blueberry, cranberry, raspberry dan mulberry.

Anggur merah, ungu dan anggur yang ditanam dikawasan sejuk dikatakan mempunyai kepekatan yang lebih tinggi berbanding dengan anggur hijau, putih atau yang ditanam dikawasan lebih panas. Tetapi dalam semua jenis anggur, Muscadine Grape mempunyai kepekatan resveratrol yang paling tinggi!

 

KENAPA IANYA PENTING

Seperti yang Adaa katakan tadi, ianya memberi manfaat yang sangat banyak terhadap kesihatan. Jika anda lihat gambar diatas tadi, itu diantara manfaat kesihatan yang boleh diperolehi dengan pengambilan resveratrol. Oleh sebab sifat antioksidannya yang sangat bagus, ia telah membantu melindungi sel dan kesihatan yang lebih baik.

READ  SUPLEMEN VIVIX PILIHAN SELEBRITI JELITA

Antara kelebihan:

  1. Anti-radang
  2. Antioksidan
  3. Kesihatan jantung
  4. Anti-kanser
  5. Mengelakkan Alzheimer
  6. Meningkatkan sensitiviti terhadap insulin dan melindungi dari diabetes melitus
  7. Melindungi daripada kesan Obesiti dan penuaan

Ini antara kelebihan yang utama. Lebih banyak lagi kelebihan yang boleh didapati dengan pengambilan secara berterusan.

Tahukah anda, salah satu produk Shaklee yang sangat terkenal iaitu Vivix mengandungi bukan sahaja resveratrol malah ianya 10 kali ganda lebih hebat. Ini kerana ia telah menggabungkan resveratrol yang ultratulen dengan muscadine grape yang juga sangat kaya dengan dengan 1001 manfaat. Dalam entry seterusnya adaa akan nyatakan pula kelebihan muscadine grape ini.

 

 

 

KAMI PENGEDAR SHAKLEE ANDA!

Produk Shaklee hanya boleh didapati melalui HQ, Cawangan di setiap negeri dan melalui Shaklee Independent Distributor yang sah sahaja (itu kami!). Selain daripada itu, ianya tiada kaitan dengan pihak Shaklee. Shaklee tiada stokis, tidak ada sebarang e-commerce  platform selain www.Shaklee2u.com. Dapatkan Shaklee dari sumber yang sah!

PENGHANTARAN & COD

Kami menggunakan khidmat Pos Laju, Gdex dan Citylink untuk penghantaran produk. Produk akan sampai kepada anda dalam 1-5 hari bekerja.

Kami juga sudi membuat COD bagi mereka yang tinggal berhampiran kawasan kami.

NAK JADI PENGEDAR MACAM KAMI?

Nak jana pendapatan dengan Shaklee bersama-sama team Adaa Inspiration Empire (AIE)? Kami menyediakan kelas secara online, mentor-mentor yang aktif dan berpengalaman serta jadual yang fleksibel. NIkmati bonus bulanan anda beserta banyak manfaat sebagai ahli Shaklee! Kami bersedia membantu anda! Ketahui manfaat sebagai ahli Shaklee! 

Pin It on Pinterest

Share This