Resepi Sarapan

Zaman sekarang semua orang sangat sibuk dari celik biji mata sampai lah pejam semula pada waktu malam. Terkejar-kejar. Kadang tu pagi dengan nak urus anak sekolah, urus suami, diri sendiri lagi, sarapan pun lupa. Ada tu bukan lupa, tapi tak sempat. Mana sempat nak masak pagi-pagi. Kalau resepi sarapan tu senang boleh lah kan. Adaa tau ramai yang pening setiap hari fikir nak sarapan apa dan nak yang sihat lah kan. Jenuh mencari resepi sarapan yang sihat. Ini adalah jumpa sikit, jadi adaa akan kongsikan 5 resepi Sarapan yang sihat, senang, jimat masa dan kenyang!

 

5 RESEPI SARAPAN SIHAT

 

1. ROTI BAKAR BERSAMA MENTEGA KACANG, PISANG DAN CHIA SEED

 

Ini sarapan mudah yang amat. Hanya ambil sekeping roti dan bakar. Sapukan mentega kacang tanpa garam, letakkan separuh pisang yang dihiris nipis dan tabur kan sedikit chia seed. Siap! Sarapan yang kaya dengan vitamin dan mineral.

 

2. ROTI BAKAR BERSAMA AVOKADO DAN TELUR

Ini satu lagi resepi dengan menggunakan roti. Dapatkan dalam dua keping roti ‘whole grain’ dan bakar seketika. Sapukan avokado yang telah dilenyek ala-ala ‘mash potato KFC’ gitu. Taburkan sedikit garam dan lada hitam untuk perasa. Goreng dua biji telur sebagai sumber protein anda dan letakkan diatas kedua-dua roti tersebut. Siap! Nak kapit ala sandwich ke nak makan satu-satu ke terpulang. Janji makan.

 

3. MUFFIN TELUR

Ya ampun, siapa tak suka telur? Resepi yang sangat-sangat mudah dan sedap. Hanya kacaukan beberapa biji telur bersama sedikit bayam yang dicincang, ‘chicken slice’ atau ‘fish cake’ , dan sedikit keju yang diparut. Tuangkan kedalam acuan muffin dan bakar 15-20 minit sebelum dihidang atau disejukkan. 20 minit? Lamanya mana sempat. Jangan risau, resepi ni boleh buat malam sebelumnya tu tau. Tahan lama!

 

4. SMOOTHIE MENTEGA KACANG DAN PISANG

Kalau nak minum aja pada waktu pagi, boleh cuba smoothie yang sangat ringkas tapi sedap ni. Hanya kisarkan bersama pisang beku, mentega kacang, susu soya, madu dan sedikit ais. Nak tambah Greek Yogurt pun boleh lebih pekat dan rasa lebih kaya. Pasti sesuai untuk yang nak jaga badan tu.

 

5. INSTANT OATMEAL

Ini Adaa paling suka sebab bukan sahaja sedap malah sangat berkhasiat. Sekiranya anda dirumah, campurkan 3-4 sudu oat dengan sedikit air panas, biarkan kembang. Campurkan buahan segar seperti strawberi, kismis, badam atau sebarang kacang kegemaran anda. Sekiranya anda sibuk sangat, dapatkan buahan kering dan kekacang, campurkan dengan oat dan masukkan dalam zipper bag. Bila waktu nak sarapan di pejabat misalnya, hanya masukkan semua kedalam mangkuk, tuang air panas dan nikmati sarapan khasiat anda!

Senang tak? Senang kan. Yang penting ianya berkhasiat, mudah, jimat masa. Sihat pun sihat, badan pun lebih cantik. Untung kan.

Selamat mencuba ya!

Pin It on Pinterest

Share This