Rahim Kecil

Rahim kecil? Pernah juga dengan pasal abnormal uterus ni tapi yang kes rahim kecil ni belum pula lah jumpa orang yang ada kes macam ni. Kali ni sambil tengah tunggu anak balik sekolah terjumpa pulak dengan seorang kakak ni. Menariknya, dari cerita pasal anak-anak, sampailah terkeluar cerita dia tentang mempunyai rahim yang kecil.  Sebenarnya rahim kecil ni jarang sangat kita jumpa. Dalam istilah perubatan ia dipanggil Hypoplastic Uterus.

 

RAHIM KECIL: HYPOPLASTIC UTERUS

 

Ia adalah keadaan dimana uterus seseorang wanita tersebut kecil sejak kecil. Ia mungkin disebabkan oleh pertumbuhan yang tidak lengkap ketika kelahiran. Tapi bukan semua kes berlaku ketika kelahiran. Ada juga yang terjadi apabila seseorang itu mula baligh dan mempunyai hormon prolaktin yang terlalu tinggi. Apabila hormon prolaktik terhasil dalam jumlah yang terlalu tinggi, ianya boleh mengganggu proses pembentukan dan pertumbuhan organ pembiakan dan karakter seksual mereka, termasuklah pembentukan uterus tadi.

Lazimnya wanita dengan rahim yang kecil akan mengalami kesukaran untuk mendapatkan anak dan mereka lazimnya menggunakan kaedah in vitro.

 

AKAK DENGAN RAHIM KECIL

 

Sambil menunggu anak, macam-macamlah isu yang keluar. Al maklum, bila ibu-ibu berjumpa terus jadi perbincangan meja bulat. Akak tadi bercerita tentang kesukaran dia mendapatkan anak. Anak sulung dah pun bekerja, dan yang bongsu ni baru darjah 5. Jauh beza kan? Saja lah Adaa tanya, kenapa jauh sangat jaraknya tu. Katanya dia mengalami kesukaran mendapatkan anak.

“Rahim kak kecil, kalau mengandung pun macam ni jugaklah perut akak. Tak besar langsung”

Kagum sekejap. Katanya dia sangat teringin nak rasa sakit bersalin macam orang lain. Tetapi oleh sebab keadaan rahim yang lain dari biasa tu, doktor tak pernah mengizinkan dia untuk melahirkan anak secara normal.

Katanya, kes dia sangat jarang dijumpai. Mungkin 1 dalam 1000. wow!

 

BERSYUKUR

 

Bila jumpa dengan ibu-ibu ni bermacam masalah rupanya. Ada tu dah 10 tahun tunggu, akhirnya mengandung. Sekarang anaknya dan darjah 3 tapi tak dapat lagi anak kedua. Makanya itu lah satu-satunya pengarang jantung. Ada tu pula anak dah 7! Macam-macam kejadian Tuhan bagi kan.

Walau apa pun, bersyukurlah. Walau apa kondisi kita insyaAllah kalau ada rezeki, pasti akan tiba. Dok gitu?

Anak bukan sekadar anak, tapi satu anugerah.

#jadimakkauhijaupuntakpelah

 

HUBUNGI KAMI

Sekiranya anda ingin membuat pertanyaan mengenai produk Shaklee, konsultasi atau pembelian produk, boleh hubungi kami segera. 

Kami juga membuka peluang untuk anda menyertai team kami yang berpengalaman lebih 21 tahun sebagai rakan niaga dan memulakan perniagaan Shaklee anda sendiri. Jom jadi jutawan sihat!

Pin It on Pinterest

Share This