Rahsia Untuk Berjaya

Hari Ahad ni selalu kalau tak kemana, lemau je rasa. Jadi kita bagi semangat sikit lah. Adaa jumpa satu video di youtube yang bagi Adaa ringkas, tetapi membawa mesej yang tepat. Durasi pun tak sampai 2 minit. Memandangkan sekarang ni ramai yang berniaga, jadi elok juga Adaa ingatkan semula rahsia untuk berjaya dalam perniagaan masing-masing. Tapi sebenarnya ini bukan sekadar rahsia untuk berjaya dalam perniagaan, malah dalam apa juga yang kita lakukan, konsepnya sama, rahsianya sama. Cuma bergantung kepada kita untuk menggunakan rahsia untuk berjaya ni dalam konteks yang bagaimana. Berniaga ke atau hidup ke atau belajar ke. Jom tonton dulu video pendek ni

 

RAHSIA UNTUK BERJAYA

 

Dah tonton video ringkas tadi? Sebelum video tadi ada sekeping gambar kan? “Yakin pada diri sendiri” itu adalah rahsia paling UTAMA UNTUK BERJAYA. Jika kita rasa kita boleh, kita pasti boleh. Kalau kita sendiri memperlekehkan kemampuan diri sendiri, memang sampai bila takkan berjaya. Itu yang kita semua perlu ingat.

Beralih kepada video tadi. Bagi Adaa, point nya cukup mudah difahami. Straight forward orang kata. Nak berjaya mesti ada beberapa perkara seperti:

  1. Matlamat atau gol yang jelas (seperti yang adaa pernah kongsi dalam entry mengenai vision board)
  2. Tindakan (dah ada gol, mesti bertindak)
  3. Komited (istiqamah, jangan hangat-hangat tahi ayam)
  4. Asas yang kukuh
  5. Sentiasa memuji dan menghargai usaha sendiri (beri semangat pada diri sendiri)
  6. Objektif yang jelas
  7. Langkah yang tepat
  8. Jangan sesekali putus asa

 

BUKAN MUDAH

Nak berjaya dalam bidang apa pun juga baik perniagaan, hidup, atau pun pelajaran, bukan semudah ABC. ABC pun susah tau. Semua memerlukan usaha, kesabaran, ketabahan. Kadang tu kita tengok orang senang aja berjaya tapi itu yang kita nampak, yang air mata darah dia kita tak nampak, huhuhu. Kalau kita mengambil masa yang lama pun untuk berjaya, tak apa lah tetapi jangan kita mengalah. Allah dah beri jaminan bahawasanya selepas setiap kesukaran pasti akan datang kemudahan (al-insyirah ayat 5-6). Setiap orang masanya tak sama. Ada yang cepat, ada yang lambat berjaya. Semua bersebab jadi kita yakin aja masa kita pasti akan tiba nanti. Allah tak kejam. Syaratnya kita kena usahalah. Jadi, walau sesusah mana pun, bersabar lah. Siapa tahu di saat kita nak mengalah itulah Allah datangkan kejayaan. Kan rugi. Jadi kita teruskan usaha, doa, yakin diri. InsyaAllah semua boleh berjaya! All da best!

Hubungi Kami.

Untuk sebarang pembelian produk, pertanyaan berkaitan produk, konsultasi percuma dan peluang perniagaan dan pendapatan dengan Shaklee, hanya hubungi kami untuk info lanjut.

KAMI PENGEDAR SHAKLEE ANDA!

Produk Shaklee hanya boleh didapati melalui HQ, Cawangan di setiap negeri dan melalui Shaklee Independent Distributor yang sah sahaja (itu kami!). Selain daripada itu, ianya tiada kaitan dengan pihak Shaklee. Shaklee tiada stokis, tidak ada sebarang e-commerce  platform selain www.Shaklee2u.com. Dapatkan Shaklee dari sumber yang sah!

PENGHANTARAN & COD

Kami menggunakan khidmat Pos Laju, Gdex dan Citylink untuk penghantaran produk. Produk akan sampai kepada anda dalam 1-5 hari bekerja.

Kami juga sudi membuat COD bagi mereka yang tinggal berhampiran kawasan kami.

NAK JADI PENGEDAR MACAM KAMI?

Nak jana pendapatan dengan Shaklee bersama-sama team Adaa Inspiration Empire (AIE)? Kami menyediakan kelas secara online, mentor-mentor yang aktif dan berpengalaman serta jadual yang fleksibel. NIkmati bonus bulanan anda beserta banyak manfaat sebagai ahli Shaklee! Kami bersedia membantu anda! Ketahui manfaat sebagai ahli Shaklee!

Service hour: 24 hours 7 days a week

Cod: Seremban, Ampangan, Kuala Pilah, Senawang, Seremban 2

Delivery: Seluruh Malaysia juga luar negara!

Pin It on Pinterest

Share This