leadership training

Alhamdulillah, hari ni sempat adaa berkongsi tentang Euphoria Leadership Training yang Adaa hadiri pada 14 Oktober 2017 yang lepas. Dah agak lama tapi hari ni baru nak kongsi. Walaupun Adaa mula bina bisnes dengan Shaklee sejak 2011, tapi 90% daripadanya Adaa hanya hadiri kelas secara online sebab masa tu anak pun kecil-kecil lagi dan banyak kekangan lain. Jadi sekali sekala bila dapat peluang hadiri leadership training macam ni memang sangat mengujakan.

Euphoria merupakan salah satu kumpulan terbesar dalam Shaklee. Jadi auranya memang meletup lah. Nak-nak dapat pula jumpa dengan mentor-mentor yang dah berbelas malah berpuluh tahun dalam Shaklee. Jadi peluang sebegini memang tak boleh dilepaskan ye tak?

Belum ada orang, kita dah sampai

 

Selalunya Adaa datang seorang diri atau dengan anak mana yang paling kecil masa tu sebab menyusu kan. Kali ni anak semua dah besar-besar jadi dah boleh tinggal, dapatlah datang bersama suami. Serap ilmu sama-sama.

 

Satu kegemaran Adaa bila datang training ni, ada minuman istimewa disediakan. Bukan air mineral , bukan sirap pengantin, tapi minuman Shaklee. Percuma aja. Nak minum apa pergi bancuh kat belakang sendiri. Bukan ibu abah je yang serbu, anak-anak semua pakat duk bancuh sendiri. Ada Mealshake, ESP dan Performance drink. Dah nama anak-anak Shaklee kan, mereka pun dah tahu cara nak bancuh, nak campur ke tak, nak shake ke kacau jer. Yang pasti, sedap!

Segelas ESP sejuk !

APA BAGUSNYA LEADERSHIP TRAINING SHAKLEE?

ISTIMEWANYA LEADERSHIP TRAINING SHAKLEE

 

Mentor Tersohor

Bak kata orang, nak berjaya perlu ada mentor yang berjaya. Dalam Shaklee, memang banyak mentor yang hebat. Euphoria ini contohnya adalah antara kumpulan terawal yang menerajui perniagaan Shaklee, dan dalam kumpulan ini kebanyakannya terdiri daripada ibu-ibu yang asalnya mencari set untuk menyusukan anak. Adaa kenal mentor Euphoria ini juga sebab mencari set untuk hamil dan menyusu. Kira sejiwa lah. Jadi, dah pastinya tiada keraguan untuk mulakan bisnes dengan bantuan mentor-mentor hebat dari kumpulan kami ini. Tapi kini tak terhad kepada ibu-ibu sahaja, sekarang kumpulan Euphoria telah berkembang dan mentor yang ada juga terdiri dari pelbagai latarbelakang. Yang lelaki juga ramai tau!

Mesra Keluarga

Selalunya kalau datang mesyuarat atau leadership training seperti ni, tidak dibenarkan bawa kanak-kanak sama sekali. Tapi berbeza dengan Euphoria. Kami memulakan bisnes ini rata-rata atas sebab keluarga. Jadi keluarga merupakan tunggak kami berniaga. Jadi setiap kali training, tak perlu risau nak tinggalkan anak. Bawa aja, janji kita tau handle. Macam tempoh hari, ibu bapa sibuk fokus, di belakang anak-anak sibuk bermain dan membuat aktiviti sendiri. Dah jadi geng anak-anak shaklee pulak diorang tu.

Ilmu Perniagaan yang Hebat

Bila belajar dari mentor yang berpengalaman, ilmu yang kita dapat lebih dari sekadar teori. Bukan murah ya nak kongsi pengalalaman dengan orang lain. Tapi disini kami saling membantu kerana kami mahukan lebih ramai dapat menikmati kehidupan yang lebih baik.

APA YANG DISAMPAIKAN PADA HARI ITU?

 

Topiknya agak ringkas tapi apabila dikaitkan dengan perniagaan Shaklee, terasa banyak sangat ilmu baru yang masih belum dikuasai. Memang berbaloi datang.

Bagi yang baru nak mula berniaga atau pun memang dah lama berniaga Shaklee, semua ilmu tu boleh digunapakai. Contohnya: Bagaimana nak mengenal prospek melalui warna mereka, bagaimana nak tentukan target group kita, bagaimana nak melatih atau mengendalikan business partner baru dalam kumpulan kita mengikut personaliti mereka. Bukan boleh pukul rata kan. Bagaimana kita boleh tingkatkan jualan dengan berkomunikasi dengan cara yang betul apabila berbual dengan pelanggan kita. Semua ada formulanya.

Pendek kata, memang berbaloi!

 

Bagi Adaa, Shaklee merupakan perniagaan yang sesuai dengan Adaa. Kenapa?

  • Seorang surirumah sepenuh masa
  • Kekangan untuk keluar sana sini
  • Boleh dibuat hanya dari rumah
  • Masa yang fleksibel
  • Agak pemalu untuk berkomunikasi secara berdepan (memula dulu pemalu amat, sekarang ok sikit dah )
  • Boleh hadiri kelas hanya secara online sahaja
  • Jana wang dengan hanya meluangkan beberapa jam sehari

Kalau anda rasa anda perlukan pendapatan sampingan, tetapi ada ciri-ciri macam yang adaa tulis diatas tu, anda juga boleh lakukan dan berjaya.

Sebenarnya tak kiralah anda siapa, surirumah, jurutera, doktor atau sesiapa saja, asalkan anda mahu pasti anda boleh. Malah dalam kumpulan kami rata-rata bekerjaya profesional tau. Tapi sebab ianya hanya memerlukan beberapa jam sehari untuk fokus pada bisnes ni, jadi mereka juga boleh jana pendapatan. Malah ramai yang terkejut kerana bonus bulanan mereka berganda besarnya dari kerja mereka. Berbaloikan?

Sekiranya nak tahu lebih lagi tentang Shaklee dan kumpulan hebat Euphoria ni boleh lah kita borak ok?

Contact Us

Untuk sebarang pertanyaan, pembelian produk, rundingan produk dan kesihatan serta peluang jana income bersama team kami sila hubungi kami segera!

Service hour: 24 hours 7 days a week

Cod: Seremban, Ampangan, Kuala Pilah, Senawang, Seremban 2

Delivery: Seluruh Malaysia juga luar negara!

Pin It on Pinterest

Share This