kulit berjerawat

Pernah minum jus? Mesti pernah kan. Tapi tahu tak ada jus yang sesuai untuk kulit berjerawat? Ha, menarik kan? Kulit berjerawat ni bukan sebab faktor luaran je, tetapi dalaman jugak. Jadi penting untuk kita merawat dari dalam juga. Barulah kulit berjerawat jadi kulit licin berseri mulus gebu gebas

 

BAGAIMANA JUS BOLEH MEMBANTU KESIHATAN KULIT & KULIT BERJERAWAT

 

Jus ni kita buat dari buah-buahan, sayur-sayuran yang pelbagai rasa dan warna. Ianya sangat kaya dengan antioksidan, antibakteria dan antiradang yang juga kaya dengan phytonutrients. Ianya membantu membaiki dan memulihkan tisu penghubung, kolagen dan seterusnya mengurangkan masalah kulit berjerawat dan parut jerawat. Ada sesetengah jus yang bersifat antibakteria dan bertindak seperti antibiotik. Jus juga boleh menyeimbangkan hormon, mengurangkan stress, mempercepatkan pemulihan dan melancarkan peredaran darah.

Tu dia, banyak manfaat jus ni tapi pastikan anda minum jus yang tiada gula tambahan ya. Sebab itu lebih baik dibuat sendiri bukan dibeli dikedai ok?

l

TIPS!

Cuba untuk gunakan juice maker yang berkualiti.

Jika tidak, boleh gunakan blender biasa.

Elak mengambil secara berlebihan pada peringkat awal kerana mungkin boleh mengganggu sistem penghadaman anda

Perhatikan jumlah yang anda ambil setiap hari. Jika dikhuatiri berlebihan kalori, kurangkan jumlahnya.

Sebolehnya cuba buat sendiri dan bukan membeli jus dikedai kerana kebanyakannya hanyalah gula dan air yang boleh membuatkan jerawat bertambah teruk!

Minum sebaik sahaja anda buat, jangan tunggu kerana ianya akan teroksida dan mengurangkan nutrisi dalam jus anda.

Ambil jus secara bersederhana. Jangan terlalu teruja untuk lekas cantik kerana jus juga mengandungi gula dan kalori. Watch what you eat.

 

READ  3 SET YOUTH UNTUK ANDA PILIH!

APA NUTRISI YANG PERLU ADA DALAM JUS UNTUK KULIT BERJERAWAT ANDA?

 

Vitamin C – Antiokdsidan membantu menyembuhkan luka dan mengukuhkan tisu penghubung. Contoh terbaik adalah lemon. Lemon sangat kaya dengan vitamin C. Buah-buahan sepertikiwi, mangga, strawberi, dan lada juga sangat kaya dengan Vitamin C

Vitamin A – Vitamin A merupakan sejenis vitamin larut lemk. Ia boleh membantu meningkatkan kesihatan kulit, menyeimbangkan hormon dan mencegah jangkitan.
Makanan yang kaya dengan vitamin A termasuklah mangga, betik, brokoli, bayam, dan ubi keledek.

Beta-karotin – Beta karotin boleh didapati dalam buah-buahan dan sayuran bewarna merah dan oren.

Antioksidan – Antioksidan boleh didapati dalam kebanyakan buah-buahan dan sayur-sayuran. Ia sangat penting dalam melindungi dari penyakit dan melawan radikal bebas. Buah-buahan dan sayur-sayuran yang berwarna gelap, seperti warna merah dan biru / ungu sangat tinggi dengan antioksidan.

Vitamin E – Lazimnya ditemui dalam sayur-sayuran berdaun hijau Ia sangat penting dalam membantu menyembuhkan dan mengurangkan parut.

Vitamin K – juga banyak dalam sayur-sayuran berdaun hijau. Penting dalam penyembuhan luka

Zink – Sumber zink boleh didapati daripada blackberry, raspberry, delima dan sayur chard Swiss. Zink sangat membantu dalam membaiki tisu kulit, mengurangkan pengeluaran sebum (minyak) yang boleh menjadi punca jerawat dan melegakan radang kulit.

Sulfur – boleh didapati dalam brokoli, kale, tomato, betik, buah tembikai, dan nanas.

Magnesium – Membantu menyeimbangkan hormon. Boleh didapati dalam bayam dan sayur-sayuran berdaun hijau yang lain.

Kalsium – membantu dalam penghasilan sel baru yang sihat dan melicinkan kulit.

 

Ini adalah antara nutrisi penting untuk menjamin kesihatan dan kecantikan kulit anda.

 

RESEPI JUS MENGIKUT WARNA

 

READ  5 SEBAB ANDA HARUS GUNA YOUTH

Yea! Jangan terlalu fikir susah-susah sangat. Buat aja ikut selera. Tapi kalau anda nakkan jus yang cantik, yang warna warni dan bukannya coklat je kan, ini ada cadangan resepi untuk anda.

OREN

Orange carrot ginger juice

Hanya campurkan 1-2 biji oren, 1 batang lobak merah bersama sedikit halia. Senang!

Mango papaya juice

1 biji mangga, setengah biji betik. Campurkan dan minum!

Nak yang masam-masam sikit? Ada.

Pineapple Lemon Ginger juice

Setengah biji nanas, 1 biji lemon yang dikupas kulit dan setengah inci halia.

 

BIRU, MERAH, UNGU

Warna-warna yang kaya dengan antioksidan dan memang bagus untuk kulit. Mesti cuba ok?

Strawberry Blackberry Beet Juice

Campurkan 1 cawan strawberi, blackberry bersama bit bersaiz sedang. Jangan besar sangat pulak ya.

Carrot Ginger Red Capsicum Juice

Campurkan 3 batang lobak merah, 1 biji capsicum merah dan sedikit halia.

Berry Juice with Lime

Hanya camppurkan 2-3 cawan beri kegemaran anda bersama sedikit jus limau nipis

 

HIJAU

Kali ni hijau pulak. Boleh tukar-tukar warna dan selera setiap hari kan?

Broccoli-Carrot-Celery Juice

Campurkan 3 kuntum brokoli, 3 batang lobak merah dan 2 batang seleri.

Apple-Pear-Grape Juice

Campurkan sebiji epal hijau, sebiji pir, dan beberapa biji anggur hijau dan nikmati!

Watercress-Lemon-Lime Juice

1 Lemon, 1 biji limau nipis, 1 cawan Watercress, 2-3 epal hijau. Campurkan dan minum!

 

Mudahkan semuanya? Boleh cuba dirumah. Kalau tak berkenan resepi diatas, boleh cuba ikut selera anda. Cari yang kena dengan tekak ye. Semoga kulit berjerawat anda bertukar menjadi kulit yang licin, berseri! Selamat mencuba!

Service hour: 24 hours 7 days a week

Cod: Seremban, Ampangan, Kuala Pilah, Senawang, Seremban 2

Delivery: Seluruh Malaysia juga luar negara!

Pin It on Pinterest

Share This