Tips Buang Lemak Dan Kawal Kolesterol Semasa Raya Haji
Alhamdulillah, insyaAllah esok semua umat Islam bakal menyambut Hari Raya Aidil Adha. Bila sebut tentang raya haji, raya korban, dan tentu daging lah yang terbayang diruang mata. Dengan sup tulangnya, rendang daging, sup gear box, kepala kambing, semua ada. Memang menguji selera dan jiwa betul . Satu masalah besar untuk semua orang rasanya masa raya haji ni ialah risau tentang kolesterol atau lemak yang bakal masuk dalam tubuh. Selera tu kadang tak boleh nak dikawal, lepas dah makan baru menyesal. Sila insaf ya kawan-kawan. Sebelum makan sila beringat kalau tak, dah sudah makan baru nak fikir tentang buang lemak, kolesterol tinggi, payahlah. Kali ni sebagai peringatan kepada diri sendiri sebelum mengalami masalah nak buang lemak baru nanti dan juga sebagai tips untuk anda semua, Adaa akan kongsikan tips untuk anda semua masih boleh ‘enjoy’ juadah korban sambil mengekalkan tahap kolesterol sihat serta tak risau tentang nak buang lemak lepas raya nanti.
TIPS BUANG LEMAK DAN KAWAL KOLESTEROL SEMASA RAYA HAJI
Ini sebenarnya bukanlah tips asing pun, semua pun mungkin dah tahu tapi buat-buat lupa je 😛 . Tapi, tak mengapalah, kita ulangkaji
1. SUKU-SUKU SEPARUH
Tak kisahlah raya haji ke, tak raya ke pastikan anda sentiasa kekal dengan disiplin suku-suku separuh. Apa yang suku apa yang separuh?
Ini dia jumlah yang sepatutnya anda makan setiap hari. Jadi kalau rasa selera mula nak melampau tengok sup tulang dalam periuk tu, sila ingat mentera asli ni.
2. CARA BUANG LEMAK DAGING
Memang tak boleh nak elak dari menikmati juadah sup tulang, sup daging dan sebagainya masa raya haji ni. Jadi, selain dari mantera sukusukuseparuh tadi, kita boleh cuba kurangkan risiko terlebih ambil lemak dan kolesterol dengan mencuba cara buang lemak daging ni.
3. LEBIHKAN SERAT
Setiap kali kita makan makanan tinggi kolesterol, pastikan kita makan sayuran atau buahan terlebih dahulu. Sebab apa? Sebab tumbuhan dan sayuran ni kaya dengan fiber, kaya dengan stanol dan sterol yang boleh menyekat penyerapan kolesterol ke dalam salur darah. Tengok orang korea, setiap kali makan daging , salad penuh sebakul atas meja tu. Jadi, jangan lupa lebihkan serat setiap kali ingin makan juadah raya haji yang menyelerakan tu.
4. PHYTOCOL-ST
Ini merupakan salah satu killer product di Shaklee untuk mengurangkan kolesterol. Macam mana ianya berfungsi?
Phytocol-St dihasilkan dengan gabungan stanol dan sterol iaitu sebatian semulajadi yang wujud dalam tumbuh-tumbuhan, sayuran, buahan dan bijirin. Stanol dan sterol akan terikat kepada reseptor di dalam usus dan apabila kita mengambil makanan tinggi kolesterol, stanol dan sterol akan menyekat penyerapan kolesterol kedalam salur darah. Hasilnya, kolesterol yang gagal diserap akan disingkir keluar. Jadi, setiap kali kita ingin makan makanan tinggi kolesterol, kita boleh telan dua biji phytocol ST terlebih dahulu bagi menyediakan usus kita. Ini alternatif yang lebih mudah sekiranya anda takda sebakul salad macam orang korea tadi hehe
5. OMEGA
Inilah dia lemak yang mampu buang lemak atau membakar lemak anda. Hebat kan? Omega-3 tidak boleh dihasilkan oleh badan kita jadi penting untuk kita ambil melalui makanan atau suplemen. Omega-3 boleh membantu mengurangkan kolesterol jahat dalam tubuh jadi selepas makan, pastikan anda ambil 3 biji omega setiap hari.
Inilah tips yang mungkin anda perlu guna bagi memastikan anda tidak menyesal dikemudian hari. Selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha buat semua dan semoga kekal sihat!