Cara Simpan Suplemen Yang Terbaik
Bagaimana cara terbaik untuk kita simpan suplemen atau vitamin kita? Bila kita pergi pasaraya, beli sayur, ikan, barang dapur, balik tu kita dah tahu dah mana yang nak letak dalam peti sejuk, mana yang nak letak dalam peti sejuk beku, mana yang boleh letak dekat rak je kan. Begitu juga dengan suplemen. Suplemen juga memerlukan cara penyimpanan yang betul supaya selamat dan kekal segar. Cara simpan suplemen ni bukan susah sangat pun. Kadang tu dah ada tulis pada label cuma ramai yang terlepas pandang. Pastikan kita ikut cara simpan yang betul supaya kita mendapat manfaat yang optimum dari suplemen berkenan.
CARA SIMPAN SUPLEMEN / VITAMIN ANDA
Info yang bakal Adaa kongsikan ini menggunakan suplemen Shaklee tetapi kebanyakan suplemen sama juga cara penyimpanannya. Boleh cuba baca dan ikuti ok?
1. Seperti yang Adaa sebutkan mula-mula tadi, baca label. Ini cara terbaik untuk kita ketahui info penting mengenai suplemen yang kita beli termasuklah cara penyimpannya. Kebanyakan vitamin atau suplemen Shaklee boleh disimpan pada suhu bilik sahaja kecuali Vivix. Vivix perlulah disimpan dalam peti sejuk bagi menjamin kesegarannya dan tahan lebih lama. Kalau nak pergi melancong dan sebagainya, kami juga menyediakan ‘Cooler Bag’ khas untuk Vivix anda!
2. Simpan pada suhu bilik, bawah 30 darjah celcius, elakkan sinaran cahaya matahari terik dan kelembapan yang tinggi. Walaupun Adaa kata pada suhu bilik, ingat ya, kita tinggal di Malaysia dan suhu dirumah kita pun kadang-kadang melebihi 30 darjah. Kalau diluar rumah tu tak payah sebut lah dan tentu lebih 30 darjah.
Jadi, sebolehnya, elakkan letak dikawasan yang terkena cahaya matahari yang terik supaya suplemen anda tahan lebih lama dan kekal efektif. Jangan sesekali tinggalkan dalam kereta, atas rak yang dekat dengan cahaya matahari. Senang cerita, simpan sahaja dalam peti sejuk. Senang!
3. Antara tempat terbaik untuk simpan suplemen anda adalah di bilik tidur. Selalunya bilik tidur ni gelap dan sejuk supaya kita dapat tidur dengan lebih lena kan. Jadi, boleh sediakan tempat yang sesuai untuk suplemen anda.
4. Simpan dalam peti sejuk. Seperti yang Adaa sebutkan tadi, ini cara simpan suplemen yang paling mudah. Jika terdedah kepada suhu panas, botol mudah meruap dan akan menyebabkan kelembapan yang tinggi dalam botol tersebut. Ini boleh menyebabkan suplemen mudah rosak. Jadi, simpan pada suhu yang sejuk dan pastikan ditutup rapat sebelum dimasukkan kedalam peti sejuk supaya kelembapan tidak dapat masuk ke dalam botol suplemen anda.
5. Jauhi tempat bersuhu tinggi seperti dapur, dalam kereta, tepi tingkap.
6. Gunakan bekas yang legap supaya cahaya tidak dapat tembus masuk dan bukannya bekas lutsinar. Ini dapat memelihara suplemen anda dari kepanasan dan kelembapan yang boleh mengurangkan keberkesanan suplemen. Juga, jangan campur adukkan kesemua suplemen dalam satu bekas. Setiap suplemen bertindak dengan cara yang berbeza. Jika dicampurkan mungkin menyebabkan tindakbalas yang tidak diingini dan merosakkan suplemen tersebut. Jadi, gunakan bekas yang sesuai seperti ‘pill Box’ bagi setiap suplemen anda.
Bulan ini ada tawaran istimewa tau untuk pill box yang cantik dan sangat efektif seperti didalam gambar tu. Rugi kalau tak dapatkan sekarang, nanti harga tak sama dah!
Dah tahu cara simpan suplemen dan vitamin yang betul? Boleh cuba amalkan ya supaya suplemen anda tahan lebih lama dan selamat.