Resepi Minuman Berkhasiat Untuk Berbuka Puasa
Salam 7 Ramadan! Sekejap je dah seminggu umat Islam berpuasa. Hari ni menu apa untuk berbuka? Adaa nak masak ayam percik ala Kelantan hari ni. (ambo oghe kelate). Minuman? Yang ini kena fikir dulu. Selalunya kalau ke bazar Ramadan mesti beli air khatira, air soya, air tebu dan macam-macam jenis air dari A-Z ada. Cari jelah mesti ada punya. Tapi apa kata hari ni kita buat kelainan sikit. Asyik air manis, bergula aja kan. Kali ni kita minum minuman berkhasiat pula nak? Takut tak sedap? Jangan risau, walaupun ianya minuman berkhasiat, tapi sedap tau. Jom tengok resepi minuman berkhasiat ala Shaklee ni.
MINUMAN BERKHASIAT: ICED MINTY PERFORMANCE DRINK WITH LYCHEE
Jom kita tonton video dulu!
Senang sangat kan?
BAHAN-BAHAN
- 3 sudu besar Performance Drink
- 250 ml air masak
- 3 biji Buah laici yang telah dikupas
- 2 Hirisan lemon
- sebiji Asam boi
- Sebatang Serai
- Beberapa ketul ais
- 2 helai daun pudina
CARA-CARANYA
- Masukkan 3 Sudu besar Performance Drink
- Tambahkan 250ml air masak
- kacau rata
- Tambahkan 3 biji laici, hirisan lemon, asam boi, serai dan ketulan ais
- Hiaskan dengan daun pudina
- Sedia untuk diminum!
PERFORMANCE DRINK
Dengan rasa oren yang segar, minuman tenaga dari Shaklee ini bukan sahaja lazat untuk dinikmati malah ianya sangat berkhasiat dan mudah disediakan.
Ianya membekalkan tenaga yang berpanjangan dan sangat sesuai untuk diminum ketika sahur bagi memastikan tubuh kita kekal hidrat sepanjang hari dan masih bertenaga walaupun berpuasa.
Minuman ini telah memperkasa ramai atlet berkelas DUNIA tau! Jadi bayangkan aja betapa hebatnya ia!
LEMON
Tahukah anda lemon sangat baik diminum ketika sahur dan berbuka?
Lemon dapat membantu melancarkan pencernaan dan membantu penyerapan nutrien yang lebih baik. Ia juga kaya dengan Vitamin C yang sangat penting dalam meningkatkan imun sistem tubuh kita dan membantu kita kekal sihat. Selain itu banyak lagi manfaat lemon tau. Contohnya, membantu mengurangkan radang, menurunkan berat badan dan juga membantu penghasilan kolagen dalam badan.
DAUN PUDINA
Daun pudina juga sangat bagus diminum ketika bulan puasa kerana ianya membantu melancarkan sistem pencernaan kita. Selain itu ia juga dapat meningkatkan imun sistem tubuh, mengurangkan stress, menyihatkan gigi dan mulut, meredakan batuk dan membuatkan kulit kita lebih sihat.
Minuman berkhasiat yang sangat mudah dan sedap, siap kaya dengan pelbagai manfaat lagi. Minum ni lagi bagus tau daripada minum air yang bukan-bukan terutamanya bulan puasa ni. Barulah badan kekal sihat.
Jadi, boleh kot cuba nanti kan? JOm!
Nak dapatkan Performance Drink Shaklee? Hubungi Adaa cepat tau sebab ada potongan 10% bulan ni tapi sampai 31 Mei sahaja. Jadi cepat-cepat.