Rangkaian Produk Youth Shaklee Skin Care

Youth Line

.

Produk pertama yang anda perlu kenal dalam rangkaian youth shaklee. Pencuci 3 dalam 1 yang tidak mengandungi sabun serta pH seimbang.

Cecair jernih ini dihasilkan dari gabungan vitamin yang dipaten dan polifenol serta alga yang berfungsi untuk menyingkirkan segala kekotoran pada kulit, menghaluskan kulit secara lembut, membersih dan menyediakan kulit untuk langkah seterusnya.

Kandungan Utama: Vital repair+, Muscadine grape extract, Ekstrak alga hijau.

.

Bukan seperti penyegar biasa, Perfecting Skin Toner bukan sahaja menyegarkan kulit anda selepas dicuci tetapi ianya seperti pencuci kedua selepas Luminous Gel Oil Cleanser tadi.

Ianya membantu membersihkan kulit mati, menghidratkan dan pada masa yang sama membekalkan nutrisi bersama campuran vitamin penting, polifenol dan bahan botanikal yang berpaten untuk kulit yang berseri dan lebih remaja,

Kandungan Utama: Vital repair+, Muscadine grape extract, Ekstrak alga hijau.

.

Dicalonkan oleh NOYOU sebagai 100 produk kecantikan anda wajib cuba, serum ini pastinya mempunyai efek luar biasa! 

Ianya mengandungi 10 kali ganda bahan aktif berbanding dalam rangkaian produk youth yang lain bagi membantu pembaharuan sel yang kritikal. 

Diadun khas dari campuran vitamin, polifenol dan YOUTH Complex, ia menggalakkan penghasilan kolagen dan pembaharuan pada peringkat sel.  Dengan serum ini, anda boleh mendapatkan kulit yang lebih anjal, lebih muda dan remaja.

Kandungan Utama: YOUTH Complex, Apple cell, Lotus Japonicus, Vitamin A Berkapsul

.

SPF 50? Ya, produk ini pada asalnya mengandungi SPF 30 untuk kegunaan mereka di USA. Tetapi dengan cuaca Malaysia yang panas sepanjang tahun, SHaklee telah menghasilkan versi SPF 50 khas untuk warga Asia!

Ianya diperkaya dengan vitamin dan nutrien botani bagi melembapkan kulit serta menambahbaikkan penampilan kulit secara menyeluruh.

Kandungan Utama: SPF 50, Vital Repair+ Complex, Muscadine Grape Extract

.

Krim malam ini didatangkan dalam 2 versi. Bagi yang kerap berada atau tidur dalam penghawa dingin, krim malam yang lebih pekat atau rich lebih sesuai. Jika tidak Light sudah memadai.

Dihasilkan dari gabungan Ekstrak Alga Marin, Muscadine Grape dan Lotus Japonicus serta antioksida lain menjadikan krim ini sangat efektif dalam menggalakkan pembaharuan sel kulit saat anda tidur. 

Campuran botanikal dalam krim ini juga membantu merangsang penghasilan kolagen dan elastin yang boleh menjadikan kulit anda lebih anjal, cerah, muda dan licin.

Untuk krim malam RICH, ianya turut diperkaya dengan jojoba dan shea butter bagi menghidrat kulit dengan lebih baik dan melembutkan kulit.

Kandungan Utama: Schisandra Chinensis, Vital Repair+ Complex, Lotus Japonicus

.

Setiap kapsul emas ini mengandungi 20% Vitamin C tulen yang berpaten dan Vitamin E serta ekstrak sel raspberi yang membantu mencerahkan, menegangkan serta mengurangkan kedutan serta garis halus.

Sekiranya anda ada tompok penuaan seperti pigmentasi dan jeragat, kapsul emas ini mampu mengurangkannya disamping melicinkan tekstur kulit serta memberikan tona kulit yang sekata. 

Setiap kapsul diadun dengan tumbuh-tumbuhan, vegan, 100% terbiodegradasi dan diformulasi tanpa pengawet.

Kandungan Utama: 20% Vitamin C tulen, Vitamin E, Raspberi

.

Dihasilkan dari gabungan Peptide Blend yang telah dibuktikan melalui kajian klinikal mampu mengurangkan garis halus sekitar mata, mengurangkan sembab bawah mata, dan lingkaran hitam sekitar mata. 

Ia juga membantu melembapkan, melindungi menegang, menghidrat serta menegangkan kulit sekitar mata. 

Cooling tip pada hujungnya mampu mengekalkan mata yang segar, mengurangkan kemerahan bawah mata serta sembab bawah mata. 

Kandungan Utama: Peptide Blend, Lotus Japonicus, Schisandara Chinensis, Licorice Extract, Hyaluronic acid, Vital Repair+, Muscadine Grape

Produk Youth

.

UNTUK KULIT BERMINYAK/ MUDAH BERJERAWAT

Masker yang memberikan rawatan segera- membantu detoks dan membersihkan kulit

Purifying Clay Mask ini membantu menyahtoksinkan dan membersihkan kulit secara semulajadi. Ianya dirumus khas dari campuran tiga jenis tanah liat yang kaya dengan mineral, serbuk arang halus dan abu gunung berapi dari Pulau Jeju yang bersih di Lautan Pasifik.

Formulasi ini membantu menyerap dan menyingkirkan kotoran, dan lebihan sebum bagi membantu meminimumkan penampilan liang pori tanpa menghakis atau mengeringkan kulit.

Kandungan Utama: Campuran tiga jenis tanah liat yang kaya dengan mineral, serbuk arang yang halus dan abu gunung berapi dari Pulau Jeju yang bersih di Lautan Pasifik.

Produk YOUTH

.

UNTUK KULIT KERING

Masker yang memberikan rawatan segera- mengembalikan seri wajah

Seperti juga namanya, masker ini membantu memberikan lembapan yang mendalam terhadap kulit anda. Ia juga membantu melegakan kulit kering, menyegarkan serta menghidrat. 

Gel emas ini padat dengan asid hialuronik, jus daun aloe, dan gabungan herba seperti Centella Asiatica dan ekstrak Chamomile yang memberikan kesegaran dan lembapan yang berpanjangan.

Kandungan Utama: Asid hialuronik, jus daun aloe, dan gabungan pelbagai herba seperti Centella Asiatica dan ekstrak Chamomile.

Rangkaian Produk

.

UNTUK PENGHIDRATAN YANG MENDALAM DAN SEGERA- Produk terbaru dalam Rangkaian Produk Youth Shaklee

Moisture Lock Day Cream membantu menyelesaikan masalah kulit kering, mengembalikan kelembapan dan melindungi kulit daripada kehilangan lembapan disamping memerangkap aktiviti serum (Youth Activating Serum) supaya dapat bertindak pada tahap maksima!

Dengan memanfaatkan kuasa botani, Youth Moisture Lock Day Cream turut menggunakan teknologi Penghidratan Selular BARU (Active Cellular Hydration Technology™)  untuk bertindak sebagai magnet kelembaban, menarik air ke lapisan kulit dan mengubahnya menjadi takungan untuk mengunci penghidratan. 

Formula eksklusif kami menggabungkan kuasa botani dan teknologi terkini termasuklah:

  • Ekstrak kaktus yang membantu menarik dan memerangkap lembapan di lapisan luar kulit  dan kemudian mengangkutnya ke mana-mana bahagian kulit yang memerlukan melalui sel.
  • Gabungan unik 4 asid Hyaluronik yang boleh mengekalkan sehingga 1000 kali berat molekul mereka di dalam air bagi memerangkap dan mengekalkan lembapan di lapisan kulit yang lebih dalam.
  • 100% squalane berasaskan tumbuhan yang mampan membina halangan pelindung bagi mengurangkan kehilangan air.
  • 100% Lipid berasaskan tumbuhan yang membantu menahan dan mengekalkan lembapan kulit

Kandungan Utama: Ekstrak Kaktus, gabungan unik empat jenis asid hialuronik, 100% Squalane berasaskan tumbuhan dan Youth Complex.

Bersedia untuk kelihatan lebih muda?

Hubungi kami segera untuk sebarang pertanyaan berkaitan Youth Shaklee Skin Care, konsultasi percuma atau promosi terkini


Whatsapp sekarang


Facebook


Instagram


Google-plus