Salam khamis semuanya! Esok dah jumaat, dia punya mood hujung minggu dah makin datang haha. Jadi pagi ni dalam duk mencari idea nak kongsi apa, adaa jumpa satu video ni tentang tips penjagaan kulit. Bagi adaa, ini tips yang sangat menarik kerana ianya asas dalam penjagaan kulit. Paling malas pun boleh buat rasanya, kan. Itu pun kalau nak kulit lawa lah. Nanti jangan duk dengki tengok kulit orang ye? Adaa sangat suka video-video oleh Jennifer Chiu ni  sebab ringkas, berguna dan cara dia cakap buatkan kita pun jadi semangat. Jadi, dah tonton video diatas? Jom adaa buat summary sikit apa dia 8 tips penjagaan kulit yang ibu Jen ni ajar kan. 

 

Tips penjagaan kulit

8 TIPS PENJAGAAN KULIT

8 TIPS PENJAGAAN KULIT

MINUM AIR SUAM

Minum air suam pada waktu pagi sebaik sahaja bangun dari tidur sebenarnya ada banyak manfaat lain juga selain yang dinyatakan oleh Jen tadi. Amalkan selalu untuk kesihatan dan kecantikan anda ok?

STIM WAJAH

Ini bagi membuka liang pori dan membersihkan kotoran dalam kulit kita. Senang aja, hanya gunakan air panas dan tuala kecil dan anda sudahpun bersedia untuk stim wajah anda seperti di spa!

GUNA BERUS MUKA

Selalunya kita guna jari jemari kita yang mulus gebu gebas ni je kan. Tetapi, wajah akan lebih bersih jika kita gunakan alatan yang sesuai seperti berus muka ni. Senang pun senang.

BILAS MUKA DENGAN AIR BERAS

Ini petua zaman nenek moyang kita dulu ni. Air basuhan beras mempunyai pelbagai khasiat tau. Contohnya ia dapat mencerahkan wajah dan jika diamalkan secara berterusan, kulit muka akan terhindar dari sebarang masalah kulit dan memudarkan tompok hitam di kulit.

READ  9 TIPS KULIT CANTIK DALAM HANYA 1 MINGGU!

MASKER BERAS

Ini juga sama seperti diatas. Beras mengandungi pelbagai vitamin dan mineral dan sangat bagus untuk kulit. Jika diamalkan berterusan, kulit boleh jadi lembut dan cerah tau. Boleh amalkan 2-3 kali seminggu.

PENYEGAR

Ini asas. Kulit kita akan kering selepas dicuci jadi kembalikan kesegaran tersebut dengan menggunakan toner atau penyegar wajah. Kulit yang lembap akan mengelakkan kita daripada kulit berkedut dan kelihatan tua tau.

PELINDUNG SURIA

Ini lagi satu WAJIB. terutama kita yang duduk di bumi yang namanya Malaysia ni. Sinar matahari boleh merosakkan kulit seperti sunburn, bintik penuaan, jeragat dan jerawat. Kalau tak mahu semua tu jangan culas pakai sunblock ok setiap hari.

RELAKS KAN WAJAH

Jangan kerut-kerut sangat ya. Nanti hilang seri, muka pun nampak lebih tua dari usia. Senyum!

 

terima kasih kerana menonton video tentang tips penjagaan kulit di atas tu. Jika anda berminat, boleh subscribe video Jeniffer Chiu tu ya dan selamat mencuba! Klik share ditab kiri tu ya jika anda rasa entry ini bermanfaat. Jumpa lagi esok!

Contact Us

Untuk sebarang pertanyaan, pembelian produk, rundingan produk dan kesihatan serta peluang jana income bersama team kami sila hubungi kami segera!

Service hour: 24 hours 7 days a week

Cod: Seremban, Ampangan, Kuala Pilah, Senawang, Seremban 2

Delivery: Seluruh Malaysia juga luar negara!

Pin It on Pinterest

Share This