Stim Lemon

Salam Jumaat 🙂 Hari ni agak panjang senarai perkara nak dibuat. Jadi dari pagi dah kesana sini dengan urusan anak sekolah, beli barang dapur, senaman (betul ke? ala, jalan 2 3 pusingan trek je), lepas tu masak nak kejar anak-anak solat jumaat pula nanti kan. Jadi resepi kita tak payah nak rumit sangatlah ye. Mudah ringkas sudah. Tadi sempat beli ikan tilapia hitam seekor. Jadi kita cuba resepi ala-ala malas ikan stim lemon. Ikan Stim lemon paling ringkas dalam dunia. Janji sihat hehe. Hari ni kita stim ikan guna pengukus legend jer, atas api haha. Takda nak guna fungsi stim kat Air Fryer tu. Cepat sikit masaknya ikan stim lemon ni.

IKAN TILAPIA HITAM STIM LEMON

 

Bahan-bahan

  • Ikan Tilapia Hitam -1 ekor
  • Lemon- setengah biji / 3 sudu besar
  • Serai- 2 batang diketuk
  • Halia – 2 inci di hiris
  • Bawang putih- 3 ulas dimayang
  • Bawang merah- 2 ulas dimayang
  • Daun bawang
  • Sedikit lada hitam
  • Garam secukup rasa
  • *jika suka, boleh tambah lada merah dan tomato

Cara-cara

  1. Basuh ikan tilapia hitam bersih-bersih dan kelar sedikit
  2. Lumurkan dengan bawang yang dimayang, garam dan lada hitam
  3. Letakkan serai dalam ikan supaya hilang bau hanyir ikan
  4. Perahkan lemon dan letakkan hirisan lemon dibawah dan diatas ikan
  5. Masukkan dalam pengukus dan kukus dengan api perlahan
  6. Bila dah masak, taburkan daun bawang dan hirisan lada merah serta tomato

Senang amat kan. Adaa memang sengaja tak menggunakan sebarang sos. Kalau letak sos ikan mungkin lebih sedap kot. Tapi Adaa tak guna lah. Makan dengan nasi panas. Makan dalam porsi yang betul ya. Suku-suku separuh.Nasi suku, protein suku, sayur separuh pinggan. Dek banyak halia tadi, nanti berjaga-jaga dengan pembuangan angin hehe

 

 

 

Tadi, untuk makan tengah hari itulah menunya berserta salad ayam. Senang amat. Potong segala sayur (Adaa guna salad Butterhead, kubis ungu, tomato), campur saja dengan dada ayam yang distim/rebus. Siap. Nak tambah salad dressing pun boleh.

Selamat mencuba!

Pin It on Pinterest

Share This