Sos Spaghetti

Ok, hari minggu ni kita cerita pasal isu santai sudah. Otak tepu sudah haha. Jadi hari ni nak bagi resepi buat sos spaghetti bolognese buatan sendiri punya. Selalunya Adaa guna prego tradisional tu tapi kali ni rasa nak buat sendiri lah sebab bila buat sendiri sos spaghetti ni, kita boleh tahu apa ada dalam makanan kita kan. Dan boleh kurangkan makanan berproses sikit, kira lebih sihat lah. Hari tu buat sos spaghetti ni tapi gambar lupa ambil. Biasalah, nak cepat tak sempat dah nak fikir ambil gambar. Jadi kita minta belas ihsan google aje lah. Pinjam gambar hehe. Tapi resepi ni Adaa campak ikut selera Adaa lah. Ini resepi sos spaghetti bolognese paling mudah ( ke malas?) tapi jadi je.

 

RESEPI 1

 

BAHAN-BAHAN

(4-5 hidangan)

  1. 8-10 biji tomato segar
  2. 5 ulas bawang putih
  3. 2 ulas bawang merah
  4. 1 sudu kecil lada hitam kisar
  5. 1-2 sudu kecil Mix Herbs ( kalau nak rasa herba lebih, buh lah lebih, ikut selera anda ya)
  6. Sedikit garam dan minyak masak (minyak zaitun ke, kanola ke terpulang)

CARA-CARA

  1. Kisar halus semua bahan tadi tanpa air ya. Tomato tu memang dah berair jadi tak perlu tambah air.
  2. Panaskan kuali. Masukkan sedikit minyak zaitun.
  3. Masukkan semua bahan kisar tadi
  4. Reneh sehingga air tersejat dan semakin pekat
  5. Perisakan secukupnya dengan garam tadi.
  6. Siap.

Senang kan? Dah kata dah.

SOS SPAGHETTI ASAS

 

kenapa kosong sangat? Ini untuk anda simpan kalau nak guna hari esok ke kan. Jadi taklah bazir masa. Adaa buat ni waktu malam sebelum tidur sebab esok pagi sebelum subuh dah kena masak untuk bekal anak-anak. Taklah terkejar-kejar kan. Ini asas sahaja, pun dah sedap dah sebenarnya.

Untuk memasak sos spaghetti yang lengkap, boleh cuba resepi ni. Pun ringkas amat. Adaa memang tak suka resepi rumit hehe.

 

RESEPI 2

 

BAHAN-BAHAN

  1. 450g daging/ayam kisar
  2. Cendawan butang dihiris nipis atau dipotong dadu
  3. 1 biji Bawang besar Holland dipotong dadu
  4. sedikit minyak untuk menumis

*Ini sahaja dah cukup kalau suka boleh letak sosej/ kek ikan/ meatball atau sayuran kegemaran anda seperti lada benggala

CARA-CARA

  1. Tumis sedikit bawang besar yang dah didadu tadi
  2. Masukkan daging atau sebarang protein pilihan anda dan biarkan masak
  3. Masukkan cendawan dan sos spaghetti yang anda dah buat ikut resepi diatas tadi
  4. Masukkan sayuran atau lada benggala jika ada
  5. Siap!

Sedia untuk dimakan!

 

Ini kalau anda nak simpan sos tu dan guna kemudian.

Kalau nak masak sekaligus semua pun boleh. Skip sahaja bahagian pertama tadi (RESEPI 1), mulakan dengan resepi yang kedua dahulu. Lepas langkah 1 dan 2 dalam RESEPI 2, baru ikut RESEPI 1, kemudian sambung langkah 3, 4 dalam RESEPI 2. Faham tak?

Tak faham boleh tanya kat komen hehe. Adaa memang sengaja tak menggunakan tomato puree dalam tin, sos cili , sos tomato dan sebarang penyedap makanan. Nak cuba eat clean kan. Jadi ini resepi untuk anda yang nak cuba eat clean.

Senang kan? Selamat mencuba!

Hubungi Kami.

Untuk sebarang pembelian produk, pertanyaan berkaitan produk, konsultasi percuma dan peluang perniagaan dan pendapatan dengan Shaklee, hanya hubungi kami untuk info lanjut.

KAMI PENGEDAR SHAKLEE ANDA!

Produk Shaklee hanya boleh didapati melalui HQ, Cawangan di setiap negeri dan melalui Shaklee Independent Distributor yang sah sahaja (itu kami!). Selain daripada itu, ianya tiada kaitan dengan pihak Shaklee. Shaklee tiada stokis, tidak ada sebarang e-commerce  platform selain www.Shaklee2u.com. Dapatkan Shaklee dari sumber yang sah!

PENGHANTARAN & COD

Kami menggunakan khidmat Pos Laju, Gdex dan Citylink untuk penghantaran produk. Produk akan sampai kepada anda dalam 1-5 hari bekerja.

Kami juga sudi membuat COD bagi mereka yang tinggal berhampiran kawasan kami.

NAK JADI PENGEDAR MACAM KAMI?

Nak jana pendapatan dengan Shaklee bersama-sama team Adaa Inspiration Empire (AIE)? Kami menyediakan kelas secara online, mentor-mentor yang aktif dan berpengalaman serta jadual yang fleksibel. NIkmati bonus bulanan anda beserta banyak manfaat sebagai ahli Shaklee! Kami bersedia membantu anda! Ketahui manfaat sebagai ahli Shaklee!

Service hour: 24 hours 7 days a week

Cod: Seremban, Ampangan, Kuala Pilah, Senawang, Seremban 2

Delivery: Seluruh Malaysia juga luar negara!

Pin It on Pinterest

Share This