Serum Wajib Dalam Regimen Penjagaan Kulit?

[DISPLAY_ULTIMATE_SOCIAL_ICONS]

Serum
.

Zaman sekarang, rutin biasa seperti mencuci, menyegar dan melembap tidak lagi mencukupi. Dengan pola pemakanan yang tidak sihat, persekitaran yang makin tercemar serta cuaca yang semakin panas menjadikan kulit kita terlalu cepat rosak dan memerlukan penjagaan yang lebih baik. Kulit makin kurang nutrien dan tidak cantik seperti yang kita idamkan. Jadi, disinilah Serum mula menjadi rutin penting malah wajib dalam regim penjagaan kulit anda. 

Serum

Apa itu
.

Mungkin ramai yang masih keliru apa itu serum. Kalau dilihat pada teksturnya kadang kala macam pelembap tapi agak ringan dan kalau dah guna pun, kita masih perlu pelembap. 

Kadang-kadang ada  yang berminyak tapi bukan ‘face oil’ dan dan juga lebih cair macam air, tapi bukan pula ‘essence’. Jadi apa sebenarnya Serum ni? 

Ia merupakan satu lagi produk penjagaan kulit yang anda wajib ada dan digunakan selepas anda mencuci kulit. Kalau dulu lepas mencuci dan menyegar kita terus sapu pelembap kan, tapi kini ada satu lagi langkah yang kita perlu lakukan .

Apakah Serum?

  • Teksturnya  lebih ringan berbanding pelembap dan lebih cepat menyerap. 
  • Di gunakan selepas mencuci muka dan sebelum melembap.
  • Cecair ini padat dengan bahan aktif dan mengandungi peratusan tertinggi bahan aktif berbanding produk lain seperti pencuci, penyegar dan pelembap
  • Berfungsi sebagai sistem penghantaran yang direka khas untuk menembusi jauh ke dalam kulit bagi memastikan nutrien dapat dihantar ke lapisan kulit. 
  • Produk yang mempunyai target khusus dalam memperbaiki masalah kulit seperti kedutan, jeragat, kulit kering, jerawat dan sebagainya dengan memberikan nutrisi dari bahan aktif yang secukupnya ke dalam lapisan kulit
  • Menembusi jauh ke bahagian epidermis dan bukan sekadar melapisi bahagian luar kulit seperti pelembap

Youth Activating Serum

Serum
vs
vs
Pelembap

Masih keliru beza keduanya? Kedua-duanya memang hampir sama tetapi masih berbeza.

  • Serum lebih cair manakala pelembap lebih likat
  • Mengandungi bahan yang mungkin sama dengan pelembap seperti hyaluronic acid tetapi lebih kaya dengan bahan aktif lain dan kandungan bahan aktifnya berganda lebih tinggi. Contoh, dalam YOUTH Activating Serum, bahan aktifnya 10x lebih tinggi berbanding dalam produk pencuci, penyegar, pelembap dan krim malam. 
  • Kadar penyerapan jauh lebih tinggi berbanding pelembap
  • Pelembap mengekalkan kelembapan yang lebih berkesan kerana ianya mewujudkan lapisan halangan pada kulit manakala serum menyerap jauh kedalam kulit
  • Membawa semua bahan aktif bernutrisi tinggi termasuk bahan pelembap kedalam kulit manakala pelembap membantu mengekalkan bahan terebut dengan mewujudkan satu lapisan pelembap dibahagian luar kulit disamping melindungi kulit dari bahan tercemar dari masuk kedalam kulit.

Cara
.
Serum

Serum Selepas Pencuci

Waktu terbaik  adalah selepas mencuci muka. Hilangkan segala kekotoran yang ada dipermukaan muka termasuk yang menyumbat pori, kemudian sapukan penyegar supaya kulit lebih sedia untuk menyerap nutrisi iaitu langkah yang seterusnya. Sebelum melembap, sapukan serum supaya semua bahan aktif dapat diserap dengan baik dan dihantar secara efisyen ke dalam lapisan epidermis kulit.

Tips: Youth Activating Serum mempunyai 10x ganda bahan aktif

Cara Penyimpanan 

Oleh kerana ia kaya dengan bahan aktif dan mudah rosak jika terdedah kepada persekitaran, maka penyimpanan yang betul amat penting. Contohnya, Vitamin C sangat mudah teroksida jika terdedah kepada udara. Jadi, pastikan serum yang anda beli didatangkan dalam botol yang berwarna atau tidak transparent, kedap udara dan mudah digunakan. Selain itu simpan ditempat sejuk, kering dan jauh dari sinaran matahari untuk mengekalkan kesegaran dan keberkesanan selama mungkin

Tips: Youth Activating Serum didatangkan dalam botol dispenser pusing dan pam untuk mengelakkan kemasukan udara. 

Pilih Yang Terbaik

Terdapat banyak pilihan dipasaran yang mensasarkan keadaan kulit tertentu seperti jeragat, mencerahkan dan menghilangkan kedutan. Kadangkala ia hanya sesuai untuk kulit jerawat, ada pula yang hanya sesuai untuk mencerahkan kulit. Jadi, anda perlu tahu keperluan kulit anda dan perhatikan bahan di dalam serum tersebut.

Pastikan anda memilih jenama yang terbukti berkesan dan mengandungi bahan aktif yang selamat untuk kulit serta tidak mengandungi bahan kimia berbahaya yang boleh merosakkan kulit. Ingat, bahan aktif ini akan dibawa masuk kedalam kulit, jadi pastikan anda pilih yang selamat!

Tips: Youth Activating Serum sesuai untuk semu jenis kulit!

YOUTH
.

10x Lebih Pantas Untuk Pembaharuan Sel Kulit

  • Menyokong penghasilan dan pengeluaran kolagen serta memperbaharui diperingkat sel
  • Mempercepat pembaharuan sel kulit ketahap lebih muda
  • Membantu kulit bertindak lebih muda untuk keserian dan keremajaan unggul
  • Mengandungi campuran vitamin, polifenol, dan Youth Complex- Bahan aktif Youth Skin Care
  • 100% berasaskan tumbuhan, dan dirumus tanpa 1500 bahan kimia berbahaya.

Tonton video dibawah bagi mengetahui apakah bahan aktif dalam Youth dan ketahui 5 sebab anda harus guna Youth

https://youtu.be/rrCf774z2Pc

Anda Wajib
.

Seperti yang dinyatakan pada awal tadi, zaman kini dah terlalu berbeza berbanding dahulu. Makanan yang kita makan, persekitaran yang kita diami, cuaca sekarang semua tidak membantu untuk kulit kita kekal sihat, muda dan berseri.

Suka atau tidak, rangkaian penjagaan kulit kini sudah menjadi kemestian untuk semua orang. Mungkin anda tidak sedar jika anda baru berusia 20-an, tetapi jangan terkejut jika dalam 10 tahun lagi kulit anda jauh lebih tua berbanding rakan seusia anda. 

Jadi, jika anda mahu tua dengan bergaya, tua dengan elegan, anda perlu melakukan regim penjagaan kulit yang baik setiap hari. 

Jika anda masih belum pasti, saya akan jawabkan, YA anda Wajib guna SERUM dan penjagaan kulit yang lain. 

Pilih yang terbaik! Pilihan saya? Rangkaian Produk Youth Shaklee! 

Bersedia untuk kelihatan lebih muda?

Hubungi kami segera untuk sebarang pertanyaan berkaitan Youth Shaklee Skin Care, konsultasi percuma atau promosi terkini


Whatsapp sekarang


Facebook


Instagram


Google-plus

Similar Posts