Assalamualaikum..lama betul tak join mana-mana segmen atau giveaway. Jadi kali ni kita nak cuba join lah mana tahu terpilih (AMINN). Kali ni Adaa cuba join Segmen Bloglist September – Disember 2018. Blog ni adaa jumpa masa blogwalking. Berkurun juga dah tak melawat blog orang sampai dah terlupa seronoknya melawat ‘rumah’ orang hehe. jadi semalam datang pula mood tu kan, apa lagi, kasi melawat lah banyak blog. Dah macam pergi beraya pula rasa. Berjalan punya berjalan jumpa segmen menarik ni. Jadi, tanpa buang masa, jom cuba mana tahu terpilih!

 

Segmen Bloglist September – Disember 2018

 

Segmen ini terbuka kepada semua blogger dari serata Malaysia. Jadi sesiapa pun boleh sertai dan sama-sama kita bagi sokongan untuk segmen ni. Tempohnya pun lama sampai hujung September ni. Banyak masa lagi nak join. Jangan lepaskan peluang ya mana tahu terpilih nak masuk dalam bloglist.

Best tau sebab kita dapat berkenalan dengan lebih ramai blogger diluar sana tak kisahlah blogger yang professional ke suka-suka ke, janji blogger. Macam-macam kisah ada jadi disamping ‘buat kawan’ banyak juga dapat ilmu baru. Untung sangat kan? Sebab tu Adaa suka berblogging ni.

Bagi yang nak join jugak, klik je banner diatas tu nanti anda akan dibawa ke blog berkenaan ok?

 

Alang-alang tu nak jemput jugalah join Giveaway dari Adaa. Mana tahu anda bertuah dapat hadiah kan. NAK JOIN

Yang Adaa ni pula, sejak berpindah dari blog lama ke blog baru, agak-agak dah setahun jugalah, tak pernah lagi buat sebarang segmen atau giveaway.

Sebenarnya niat tu dah lama ada dan hadiah nya pun memang dah lama Adaa simpan dalam almari tu cuma asyik bertangguh. Semalam baru teringat tu yang terus buat tu. Harap adalah yang sudi join. Tapi kalau penyertaan tak menggalakkan, kena batalkan lah.

Kalau anda rasa nak join dan nak pastikan giveaway ni tak batal, bolehlah ajak kawan-kawan lain join. Istimewanya giveaway Adaa ni, blogger boleh join, yang bukan blogger pun boleh.

Jadi, sila lah ya. Tak susah pun 🙂

Jom!

HUBUNGI KAMI

Sekiranya anda ingin membuat pertanyaan mengenai produk Shaklee, konsultasi atau pembelian produk, boleh hubungi kami segera. 

Kami juga membuka peluang untuk anda menyertai team kami yang berpengalaman lebih 21 tahun sebagai rakan niaga dan memulakan perniagaan Shaklee anda sendiri. Jom jadi jutawan sihat!

Pin It on Pinterest

Share This