Petua Hilangkan Hitam Bawah Mata
Semalam Adaa ada kongsikan cara hilangkan eye bag dan sedikit tips bagi menghilangkan lingkaran hitam bawah mata dengan penggunaan Youth eye treatment. Hari ni Adaa nak kembali ke zaman nenek moyang kita dulu pula. Adaa nak kongsikan petua hilangkan hitam bawah mata. Kadang-kadang petua-petua macam ni efektif juga tau. Manalah tahu, siang dah pakai eye treatment, malam nak amalkan petua pula, apa salahnya kan. Cepat sikit mata tu jadi cantik berseri bebas dari segala eye bag dan lingkaran hitam. Ok jom kita lihat 10 petua hilangkan hitam bawah mata yang selalu orang amalkan.
PETUA HILANGKAN HITAM BAWAH MATA
1) Tomato – tomato ni sangat kaya dengan antioksidan dan pelbagai vitamin termasuk vitamin A yang sangat baik untuk mata. Tomato ni bahan yang senang dapatlah kan. Pasar ada, tanam sendiri pun boleh. Anda cuma perlu campurkan jus tomato dengan sesudu perahan lemon, sapukan sekitar mata (jangan dalam mata pulak), biarkan kering selama 10-15 minit. Kemudian boleh dibilas. Buat dua kali seminggu pun dah ok.
2) Timun – yang ini rasanya semua pun dah biasa tengok tapi buat belum tentu ye tak? Timun juga merupakan tumbuhan yang sangat kaya dengan antioksidan. Hanya ambil hirisan timun dan tekapkan ke mata selama beberapa minit sebelum dibilas. Nak lagi best, sejukkan dulu timun di dalam peti sejuk kira-kira setengah jam sebelum ditekap ke mata. Kesejukan dari timun membantu mengecutkan salur darah yang mengembang disekitar mata.
3) Uncang teh– petua hilangkan hitam bawah mata yang seterusnya ini juga sangat biasa didengar iaitu menggunakan uncang teh. Seperti yang kita tahu, teh sangat kaya dengan antioksidan terutamanya teh hijau. Jadi dah pasti ianya sangat bermanfaat untuk mata kita. Cara menggunakan uncang teh ini ialah, ambil uncang teh yang sudah digunakan, sejukkkan dalam peti sejuk seketika kemudian lekap kat mata tu. Buat setiap hari untuk kesan yang memberangsangkan.
4) Air kosong– Memang kita digalakkan minum banyak air kosong tetapi bila menjelang malam, terutamanya 2-3 jam sebelum tidur, elakkan minum terlalu banyak air kosong kerana ia boleh menyebabkan terjadinya lingkaran gelap bawah mata
5) Tidur– petua yang ini memang Adaa suka. Pastikan anda dapatkan beauty sleep anda. Orang dewasa ni perlu dapat sekurang-kurangnya 7-8 jam tidur sehari. Barulah segar mata!
6) Ubi kentang– Bukan sedap dibuat kari sahaja, hilangkan hitam bawah mata pun boleh. Caranya, sagat ubi kentang sampai halus dan menghasilkan air. Ambil kapas muka, rendamkan dalam air sagat kentang tadi dan tekap ke mata. Biarkan kering seketika dan bolehlah dibilas mata tu. Kalau malas sangat, hiris nipi saja kentang tu dan letakkan ke mata. Macam anda gunakan timun tu. Konsep yang sama.
7) Susu sejuk– Selain untuk buat smoothies, anda juga boleh gunakan untuk menghilangkan lingkaran hitam bawah mata. Ambil kapas muka, celupkan atau basahkan dengan susu sejuk, dan tekap pada mata. Tunggu hingga kering dan bilas.
8) Air mawar– kalau orang tua zaman dahulu, air mawar ni macam-macam kegunaannya. Nak buat sebagai pewangi pun boleh, nak awet muda boleh. Kalau untuk hilangkan hitam bawah mata, cuma celupkan kapas dalam air mawar dan tekap pada mata. Biarkan kering dan bolehlah dibilas.
9) Lendir lidah buaya– Petua hilangkan hitam bawah mata yang ke 9 ni rasanya ramai juga yang dah biasa buat. Kenal tak pokok lidah buaya? orang sekarang panggil aloe vera hehe. Lendir pokok ini bukan sahaja boleh melembutkan rambut, melicinkan kulit dan menegangkan kulit tetapi juga sangat bagus dalam menghilangkan hitam bawah mata kerana ianya sejuk dan kaya dengan vitamin. Hanya sapukan lendirnya di sekeliling mata anda. Biarkan dalam 20 minit dan bilas.
10) Madu– khasiat madu ni memang terlalu banyak. Ianya bersifat melembab dan mengurangkan inflamasi. Jadi sangat sesuai untuk kecilkan saluran darah yang membengkak (penyebab lingkaran hitam) dan menyejukkan bahagian mata. Hanya sapu nipis di sekitar mata dan biarkan seketika sebelum dibilas. Kalau madu tu banyak sangat, boleh lah minum juga hehe
Inilah antara petua yang boleh anda cuba untuk menghilangkan hitam bawah mata tu. Tetapi sekiranya anda lebih suka cara yang lebih mudah tetapi masih semulajadi, berkesan dan menjimatkan masa, boleh cuba Youth Eye Treatment yang sangat-sangat mudah digunakan, dan yang penting selamat serta berkesan! Tak perlu pening-pening cari penyelesaian. Adaa dah bagi dah ni Jika anda berminat untuk mendapatkan eye treatment ini, boleh terus sahaja hubungi Adaa ok?
Malasnya nak hiris tomato timun bagai.. beli youth eye treatment je lah
banyak petua yang kita boleh ikut untuk hilangkan bawah mata tu kan. Semuanya mudah nak dapat. Cuma rajin dengan tak je. Lagi satu, kena konsisten guna, baru dapat hasil yang bagus kan.
Salam..Dulu selalu amalkan tips tu semua.. Tp sekarang guna eye treatment Youth je.. Hihihi
sket lagi muda remaja bersinar lah mata