Membantu Anak Berpuasa
Membantu Anak Berpuasa

AllahuAkbar, pejam celik tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk kita bertemu Ramadhan Al-Mubarak. Agak-agak macam mana ibadah dan puasa kita tahun ini. Ada anak yang baru pertama kali berpuasa? Mesti anak-anak kita teruja nak berpuasa tetapi adakah mereka mampu bertahan? Tengok 3 hero Adaa tu, agak-agak mereka mampu bertahan? InsyaAllah. Disinilah peranan kita sebagai ibu dan bapa untuk membantu anak berpuasa dengan baik. Mungkin tak dapat nak puasa penuh tapi sebagai latihan untuk mereka kelak dan sebagai memberi semangat, beberapa hari berpuasa juga dah cukup menyeronokkan buat mereka. Jadi, kitalah kena tahu macam mana nak membantu anak berpuasa kan? Jom Adaa kongsikan beberapa tips untuk ibu bapa.

 

TIPS MEMBANTU ANAK BERPUASA

 

1. Pertama sekali ibu bapa harus tahu dan fahami bahawa mereka masih belum WAJIB berpuasa dan ini adalah sebagai latihan kepada mereka. Jadi, jangan TERLALU MEMAKSA. Berikan dorongan dan galakan. Tapi kalau dah lembik sangat tu, benarkanlah mereka berbuka. Kita dulu pun macam tu juga kan? Boleh tegas tapi jangan memaksa sehingga memudharatkan anak.

2. Sediakan sahur yang sihat dan bernutrisi. Sekarang ni cuaca bukan macam dulu. Panasnya nauzubillah..terik! Jadi anak kita ni perlukan sesuatu yang boleh membantu mereka kekal bertenaga dan terhidrat supaya dapat meneruskan ibadah puasa. Kalau tak sampai berbuka pun, sekurang-kurangnya buat pertama kali, mereka dapat bertahan sehingga zohor pun dah Alhamdulillah.

3. Berpuasa secara berperingkat. Untuk pertama kali, mereka mungkin terkejut dan tidak biasa. Jadi, bantu mereka untuk berpuasa secara berperingkat. Mula-mula sehingga zohor, kemudian lajak sikit sehingga asar, lepas tu lajak sikit lagi sehingga maghrib. Lama kelamaan akan biasalah kan.

4. Berkata positif. Berpuasa ni mencabar bukan sahaja untuk anak-anak, kita pun kan. Jadi, fahamilah anak-anak kita yang kecil, lasak tu. Jika mereka berjaya berpuasa sehingga zohor, puji dan beri galakan kepada mereka untuk teruskan lagi keesokan hari. Sentiasa menyokong mereka dan puji setiap usaha mereka dengan ikhlas.

5. Bermain dalam persekitaran yang sesuai. Aktiviti bulan puasa berbeza dengan hari biasa. Anak kita mesti mudah letih kalau berpuasa kan. Jadi rangkakan permainan atau aktiviti dalam rumah atau ‘indoor’ untuk mereka supaya mereka tak bosan dan tidak terlalu letih contohnya seperti melukis, membuat kraftangan dan sebagainya.

6. Fahamkan mereka fadhilat berpuasa. Untuk anak yang baru 5 6 7 tahun, tak perlu nak berat-berat sangat penerangan tu. Fahamkan mereka bahawa ibadah puasa ni Tuhan minta kita lakukan untuk apa. Nanti dapat pahala, disayangi Allah dan sebagainya. Macam lagu-lagu Omar dan Hana tu kan? Sampaikan dalam perkataan yang ringkas dan sesuai dengan mereka. Jangan cuba sogok mereka dengan duit dan hadiah. Ya, untuk galakan boleh,tidak ada salahnya tetapi terangkan juga kenapa perlu berpuasa. Bukan sekadar untuk dapat hadiah atau duit raya banyak-banyak. Bila mereka faham, baru mereka lebih tekad untuk berpuasa.

Dapat kan tips bagaimana anda boleh membantu anak berpuasa?

MEMBANTU ANAK BERPUASA
MEMBANTU ANAK BERPUASA

Sebagai permulaan untuk membantu anak berpuasa, paling penting, mulakan dengan nutrisi yang yang sesuai. Untuk itu, kami ada solusi yang sesuai 🙂

KONGSI CERITA

Apabila anak-anak mula belajar berpuasa 🙂

Adam mula berpuasa masa umur 6 tahun, begitu juga Eilman. Adam memang jenis makan banyak, tengok sajalah badan dia yang semangat tu hehe. Baru darjah 3 tapi berat dan mencecah 44kg. Berbeza dengan Eilman yang kurus tapi tetap suka makan. Mungkin jenis metabolisme tinggi.

Untuk mereka ni dengan lasaknya, dengan sekolahnya yang penat, panas terik, dari pagi hingga ke lewat petang, boleh bayangkan lah betapa penatnya mereka ni. Beg pulak punyalah berat kalah orang bersenam kat gimnasium tau. Adam takpe lah lagi, badan besar. Si Eilman, beg lagi besar dari tuannya macam mana tu?

Nak puasa memang mencabar dan mereka ni pula adaa tak pernah suruh atau paksa mereka. Mereka sendiri nak belajar berpuasa. Jadi, dah mudah sikit lah kan. Cuma bab pemakanan kena fikirkan apa yang sesuai.

Memandangkan mereka ni lasak,banyak aktiviti, jadi adaa biasa sediakan Performance Drink untuk sahur dan berbuka. Buat satu jag, sejukkan dan ianya sangat sangat sangat membantu. Banyakkan juga makan kurma atau buah. InsyaAllah, mereka boleh bertahan.

Si Fahry pula baru 5 tahun jadi, tahun ni Adaa takdalah menjangkakan dia akan berpuasa. Yang dia tahu ‘kuasa’, bukan ‘puasa’ hehe.

Alhamdulillah, Adam berjaya puasa penuh, Eilman pun hampir penuh. Semoga tahun ni anak-anak ibu berjaya berpuasa dengan lebih baik!

 

Selamat berpuasa anak-anak! Jom sama-sama kita membantu anak berpuasa dengan lebih lancar!

Nak tahu bagaimana MEALSHAKE dan PERFORMANCE DRINK boleh membantu anda dan keluarga sepanjang Ramadhan?

Hubungi Kami.

Untuk sebarang pembelian produk, pertanyaan berkaitan produk, konsultasi percuma dan peluang perniagaan dan pendapatan dengan Shaklee, hanya hubungi kami untuk info lanjut.

KAMI PENGEDAR SHAKLEE ANDA!

Produk Shaklee hanya boleh didapati melalui HQ, Cawangan di setiap negeri dan melalui Shaklee Independent Distributor yang sah sahaja (itu kami!). Selain daripada itu, ianya tiada kaitan dengan pihak Shaklee. Shaklee tiada stokis, tidak ada sebarang e-commerce  platform selain www.Shaklee2u.com. Dapatkan Shaklee dari sumber yang sah!

PENGHANTARAN & COD

Kami menggunakan khidmat Pos Laju, Gdex dan Citylink untuk penghantaran produk. Produk akan sampai kepada anda dalam 1-5 hari bekerja.

Kami juga sudi membuat COD bagi mereka yang tinggal berhampiran kawasan kami.

NAK JADI PENGEDAR MACAM KAMI?

Nak jana pendapatan dengan Shaklee bersama-sama team Adaa Inspiration Empire (AIE)? Kami menyediakan kelas secara online, mentor-mentor yang aktif dan berpengalaman serta jadual yang fleksibel. NIkmati bonus bulanan anda beserta banyak manfaat sebagai ahli Shaklee! Kami bersedia membantu anda! Ketahui manfaat sebagai ahli Shaklee!

Service hour: 24 hours 7 days a week

Cod: Seremban, Ampangan, Kuala Pilah, Senawang, Seremban 2

Delivery: Seluruh Malaysia juga luar negara!

Pin It on Pinterest

Share This