Kelebihan Jadi Ahli Shaklee
” Salam kak, duit apa ya masuk akaun saya katanya dari Shaklee. Silap ke” Pernah Adaa dapat soalan macam ni dari pelanggan merangkap ahli Shaklee. Inilah salah satu kelebihan jadi ahli Shaklee tau. Apabila anda mendaftar sebagai ahli shaklee dan menjadi ahli Shaklee, anda kena bersedia untuk menerima pelbagai keistimewaan dan kelebihan yang disediakan. Terpaksa pun terpaksa lah, kami tetap nak beri pelbagai kelebihan sebagai ahli Shaklee kepada anda.

KELEBIHAN JADI AHLI SHAKLEE
Ini antara kelebihan yang anda WAJIB terima iaitu:
BELI SHAKLEE MELALUI ONLINE
Sebaik sahaja anda menjadi ahli Shaklee, anda akan mendapat ID anda sendiri dan kata laluan untuk akses ke website Shaklee. Di sini anda boleh membeli Shaklee secara Online Sekiranya anda ingin membeli di Cawangan atau Home Office Shaklee, hanya pergi ke kaunter dan berikan No ID anda. Di sana anda akan mendapat segala kelebihan sebagai ahli Shaklee.
JIMAT 15-30% BAGI SETIAP PEMBELIAN
Salah satu kelebihan jadi ahli shaklee adalah anda layak menikmati potongan harga yang jauh lebih rendah dari harga pasaran. Jadi, lebih banyak penjimatan dengan setiap kali belian!
REBAT WANG TUNAI
Tahukah anda, selain anda dapat jimat wang sebagai ahli, anda juga akan mendapat lebih banyak wang dengan pembelian produk Shaklee. Sekiranya jumlah mata terkumpul setiap bulan melebihi 150UV, Shaklee akan memberikan anda rebat wang tunai terus ke dalam akaun anda pada bulan berikutnya. Lebih banyak mata terkumpul, lebih banyak wang tunai yang anda dapat! Jangan terkejut sekiranya tiba-tiba jumlah wang dalam akaun anda bertambah.
KONSULTASI KESIHATAN
Sebagai ahli Shaklee, anda akan diberikan rundingan kesihatan secara percuma. Shaklee sentiasa menyediakan pemeriksaan kesihatan dan Health Talk setiap bulan secara percuma untuk anda. Hanya hadir, dengar dan dapatkan info yang anda kehendaki dari pakar nutrisi kami.
PELUANG PERNIAGAAN
Sekiranya anda berdaftar sebagai ahli Shaklee anda boleh memilih untuk menjadi membina perniagaan dengan Shaklee atau pun tidak. Jika anda hanya beli untuk diri sendiri, syabas. Tetapi jika anda kongsikan manfaat dengan lebih ramai orang, anda bukan sahaja memberikan info yang berguna malah anda juga secara tidak langsung dapat membina perniagaan dan pendapatan anda sendiri. Di Shaklee terdapat pelbagai keistimewaan untuk mereka yang membina perniagaan dengan Shaklee seperti trip Umrah dan keluar negara secara percuma dan bertaraf 5 bintang, pelbagai bonus tambahan yang pastinya sangat menguntungkan!

Sekiranya anda ingin membuat pertanyaan mengenai produk Shaklee, konsultasi atau pembelian produk, boleh hubungi kami segera.
Kami juga membuka peluang untuk anda menyertai team kami yang berpengalaman lebih 21 tahun sebagai rakan niaga dan memulakan perniagaan Shaklee anda sendiri. Jom jadi jutawan sihat!