Giveaway: Harmonize with nature
Bismillah, Assalamualaikum semua..Selamat Hari Malaysia, Selamat Hari Merdeka. Bulan ni memang penuh dengan sambutan yang menggembirakan, syukur. Jadi, sempena kegembiraan masih ada ni, Adaa pun nak sambung lagi lah bagi anda gembira. Sejak Adaa berpindah blog dari http://adaa-inspiration.com ke https://Adaainspiration.com ni Adaa belum pernah buat sebarang segmen atau giveaway. Jadi, bulan ni ada lagi 2 minggu kan, Adaa nak buat Giveaway: Harmonize with nature untuk semua.

GIVEAWAY: HARMONIZE WITH NATURE

 

Apa pula tajuk Harmonize with nature ni? Tujuan Adaa buat giveaway ni sebenarnya untuk berkenalan dengan ramai blogger hebat diluar sana dah pasti untuk memberikan anda yang bertuah hadiah istimewa dari AdaaInspiration sebagai tanda penghargaan. Disamping itu Adaa juga namakan giveaway ni Harmonize with nature kerana Adaa nak menyeru kepada semua agar Go Green. Menggunakan produk-produk yang mesra alam gitu.

Dunia kita semakin tenat. Alam sekitar makin parah. Produk pun kebanyakannya kaya dengan bahan kimia bahaya sehinggakan apabila dibuang, membahayakan dan mengancam alam sekitar. Tiada yang mesra alam.

Kita pun makin tak sihat sebab persekitaran tercemar, guna pula produk penuh dengan bahan kimia, bahan makanan pun tidak 100% semulajadi dan lebih banyak mengandungi bahan kimia terselindung, jadi bukan sahaja dunia makin tenat, kita pun makin tak sihat.

Oleh sebab itulah disamping Adaa nak berkenalan dengan blogger atau bukan bukan sekalipun, nak bagi hadiah, sambil adaa sebarkan info ini. Semoga kita makin peka.

Buat masa ini, Adaa hanya mampu memberikan 1 hadiah buat 1 pemenang bertuah. Hadiah ini bukanlah mahal sangat, hanya sekitar RM100-200 tapi kami ikhlas tau 😀

Ibu-ibu yang mempunyai anak kecil mungkin lebih berminat dengan hadiah ni

 

Disclaimer/ Penafian

Hadiah ini 100% dari AdaaInspiration.com dan tiada kena mengena dengan Shaklee Malaysia

tada!! Inilah hadiah yang dijanjikan. Merupakan salah satu produk Shaklee dan istimewanya kali ini, ianya untuk bayi tau! Selalu Shaklee untuk dewasa kan? Kali ini untuk bayi pula. Apa istimewanya Gentle Wash Shakleebaby ni?

Pastinya ia 99% semulajadi dan sangat sesuai untuk bayi yang baru lahir atau anak kecil yang mempunyai masalah kulit sensitif seperti eczema, ruam. Kebanyakan produk dipasaran mengandungi bahan kimia yang mungkin kurang sesuai untuk kulit bayi yang masih sensitif jadi pemilihan sabun yang sesuai sangat penting kan? Oleh sebab itulah Adaa nak ibu-ibu terutamanya, rasa guna Gentle Wash Baby Shaklee ni. Bau pun tak kuat mana sebab semuanya semulajadi. Tiada letak bahan kimia bahaya atau bahan yang boleh membahayakan kulit. Kalau anda sendiri kulit jenis sensitif pun boleh cuba tau!

BAGAIMANA NAK JADI PEMENANG BERTUAH?

 

Jangan risau, TIDAK MELIBATKAN SEBARANG PEMBELIAN, TIADA ‘TWIST’ , 100% PERCUMA! Anda hanya perlu sedekah tenaga sikit je dan dengan itu semoga anda terpilih menjadi yang bertuah untuk memiliki hadiah ini. 

 

Untuk join giveaway anda hanya perlu;

 

  1. FOLLOW THIS BLOG

Klik https://adaainspiration.com dan klik ‘’FOLLOW US ON SOCIAL MEDIA” button yang warna OREN pada bahagian kanan atas blog adaa ni. Anda akan diminta untuk follow kami di Facebook dan juga Google plus. Harap tekan butang follow ya.

Terima kasih daun keladi.

 

ANDA SEORANG BLOGGER

  1. Sekiranya anda seorang blogger, sila buat satu entry dengan tajuk “GIVEAWAY: HARMONIZE WITH NATURE by https://adaainspiration.com
  2. Copy/ masukkan gambar “GIVEAWAY: HARMONIZE WITH NATURE” di atas tadi ke dalam entry anda dan pautkan gambar tersebut ke entri ini semula.
  3. Nyatakan apa juga yang anda nak tulis tentang giveaway ini. Taknak tulis apa-apa pun tak mengapa.
  4. Tinggalkan link penyertaan anda tersebut iaitu link entry yang anda buat tadi di ruangan komen entry adaa ni.
  5. “SHARE” entry anda di Facebook anda sendiri. Siap!

ANDA BUKAN SEORANG BLOGGER

2. Sekiranya anda bukan seorang blogger, tak mengapa. Selepas anda follow kami di Facebook dan Google Plus, anda boleh “SHARE’‘ entry ini ke Facebook anda. (Button share ada disebelah kiri blog ini bagi pengguna desktop dan dibahagian bawah bagi pengguna handphone”

3. Kemudian, tinggalkan komen “saya dah share! dan selamat berkenalan” di bahagian komen entry ini. Kalau tak tinggalkan komen, kami tak tahu anda dah join, nanti melepas lah nak dapat hadiah kan?

 

Senang kan? Jom jemput ramai-ramai untuk sertai, insyaAllah sekiranya sambutan menggalakkan, Adaa nak sediakan 3 lagi hadiah saguhati!

YA, 3 HADIAH SAGUHATI. TAK PERLU BELI APA PUN, MEMANG NAK BAGI HADIAH NI

Terima kasih untuk semua!!

Hubungi Kami.

Untuk sebarang pembelian produk, pertanyaan berkaitan produk, konsultasi percuma dan peluang perniagaan dan pendapatan dengan Shaklee, hanya hubungi kami untuk info lanjut.

KAMI PENGEDAR SHAKLEE ANDA!

Produk Shaklee hanya boleh didapati melalui HQ, Cawangan di setiap negeri dan melalui Shaklee Independent Distributor yang sah sahaja (itu kami!). Selain daripada itu, ianya tiada kaitan dengan pihak Shaklee. Shaklee tiada stokis, tidak ada sebarang e-commerce  platform selain www.Shaklee2u.com. Dapatkan Shaklee dari sumber yang sah!

PENGHANTARAN & COD

Kami menggunakan khidmat Pos Laju, Gdex dan Citylink untuk penghantaran produk. Produk akan sampai kepada anda dalam 1-5 hari bekerja.

Kami juga sudi membuat COD bagi mereka yang tinggal berhampiran kawasan kami.

NAK JADI PENGEDAR MACAM KAMI?

Nak jana pendapatan dengan Shaklee bersama-sama team Adaa Inspiration Empire (AIE)? Kami menyediakan kelas secara online, mentor-mentor yang aktif dan berpengalaman serta jadual yang fleksibel. NIkmati bonus bulanan anda beserta banyak manfaat sebagai ahli Shaklee! Kami bersedia membantu anda! Ketahui manfaat sebagai ahli Shaklee!

Service hour: 24 hours 7 days a week

Cod: Seremban, Ampangan, Kuala Pilah, Senawang, Seremban 2

Delivery: Seluruh Malaysia juga luar negara!

Pin It on Pinterest

Share This