Baru-baru ni kecoh di laman sosial tentang perempuan berkebaya merah berjalan dalam gelap. Dah tonton video tadi? Adaa pun duk skrol facebook, instagram, memang nampak lah video ni. Seram memang seram tapi malas nak ambil kisah sangat. Tapi rupanya ada sebab video tersebut viral. Sebabnya filem Dukun ni lah. Baru satu hari ditayangkan, filem Dukun ni telah mencetuskan satu sejarah baru apabila berjaya mendapat kutipan sehingga RM1.5 juta! Hebat filem melayu ni. Bukan senang nak kaut banyak tu dalam satu hari. Syabas syabas!

dukun

Tengok poster pun seram dik non. Adaa memang suka cerita seram tapi penakut nak tengok, macam mana tu?  Sebenarnya filem Dukun ni berkisar tentang apa sehingga diperam dari 2006 sampai sekarang 2018 baru diluluskan untuk tayangan. Pernah dengar tentang pembunuhan berprofil tinggi yang mengaitkan nama Mona Fendey satu ketika dulu? Walaupun adaa masih muda remaja masa tu tapi Adaa masih ingat kisah pembunuhan tersebut yang menggemparkan negara. Rupanya filem Dukun ini dicetuskan berdasarkan kisah tersebut. Fikir je dah seram, belum tengok lagi haha. Tak tipu, seram oi!

SINOPSIS FILEM DUKUN

 

“Berikutan kepesatan pembangunan Kuala Lumpur, muncul sebuah kisah perihal ketaksuban manusia terhadap kekayaan, kuasa, kecantikan, keremajaan abadi dan darah yang tumpah dalam mengejar semuanya. Karim (Faizal Hussein) seorang peguam nekad untuk mencari anaknya yang hilang tanpa mengira caranya. Masalah Karim menjadi semakin sukar apabila membuat perjanjian dengan Diana Dahlan (Umie Aida), seorang OKT (Orang Kena Tuduh) yang berjanji untuk membantu pencariannya. Tanpa diduga, Karim membongkar kisah yang lebih gelap yang menyebabkan dia kehilangan segala-galanya”. more

Bila baca sinopsis makin teruja nak menonton. Apa lagi filem ini dibintangi oleh pelakon handalan seperti Umie Aida, Faizal Hussein. Semua kegemaran Adaa tu. Dengan liuk tubuh, riak muka Umie Aida, adaa tak hairanlah kalau tahun ni Umie Aida menang anugerah. Memang lakonan beliau mantap. Itu yang membuatkan lagi rasa nak tonton. Dulu pernah tonton cerita Embun, memang tabik lakonan beliau yang sangat mantap. Kali ni Adaa tengok iklan je pun dah seriau huhu.

 

REVIEW FILEM DUKUN

 

Filem ni dah tentu bukan tontonan kanak-kanak. Selama ni ke wayang tengok Ironman lah, Avengers lah, nak bawak budak-budak kan. Jadi buat masa ni kita baca review dulu. Nanti berkesempatan kita tonton.

Nak baca review filem Dukun, boleh ke SINI

Bila baca ni tak sabar betul rasa nak tengok keseluruhan jalan cerita. Jangan lepas tengok tak boleh tidur sudah huhu. Tu baru betul menghantui hehe

Selamat menonton!!

HUBUNGI KAMI

Sekiranya anda ingin membuat pertanyaan mengenai produk Shaklee, konsultasi atau pembelian produk, boleh hubungi kami segera. 

Kami juga membuka peluang untuk anda menyertai team kami yang berpengalaman lebih 21 tahun sebagai rakan niaga dan memulakan perniagaan Shaklee anda sendiri. Jom jadi jutawan sihat!

Pin It on Pinterest

Share This