About Us

OUR STORY

Kami merupakan Pengedar Sah Shaklee Malaysia semenjak Julai 2011 dan masih aktif sehingga kini. Kami memulakan bisnes ini bermula dengan penggunaan produk Shaklee untuk ibu hamil dengan ‘gestational diabetes’, kemudian set menyusu dan akhirnya jatuh cinta dengan semua rangkaian produk Shaklee dan pelan pemasaran Shaklee. Masih ingin kenal siapa kami? 

DARI JURUTERA KEPADA AGEN SHAKLEE & MENTOR

 

Adaa merupakan bekas pelajar dari Queen’s University of Belfast, United Kingdom dan pemegang Master in Engineering in Chemical Engineering. Adaa memilih untuk menjadi surirumah dan mula menjalankan online bisnes bermula dengan menjual pakaian kanak-kanak secara online melalui ”Adam’s Little Closet” pada 2010 dan kemudiannya beralih kepada perniagaan Shaklee setelah melahirkan anak kedua, Eilman. Kenapa beralih? Semasa mengandungkan anak kedua, Adaa ada ‘gestational diabetes’ iaitu diabetes ketika mengandung. Jadi, mulalah pencarian produk makanan tambahan yang boleh membantu masalah tersebut dan akhirnya adaa ditemukan dengan produk Shaklee dan seorang mentor Shaklee yang sangat hebat. Bermula dari situ, Adaa dan suami memulakan perniagaan Shaklee kami.

Suami Adaa pula merupakan graduan dalam bidang yang sama iaitu Chemical Engineering dari Universiti Teknologi Petronas dan merupakan bekas jurutera Petronas dalam pelbagai bidang termasuk teknikal dan sales. Berpengalaman dalam menjalankan perniagaan secara offline dalam pelbagai bidang dan kini kami menjalankan perniagaan ini bersama-sama.

EMPAYAR SHAKLEE

 

Dengan inspirasi dari 3 orang cahaya mata kami, kami memulakan bisnes ini dan ianya telah banyak mengubah hidup kami, merasakan pengalaman jatuh bangun dalam dunia perniagaan secara online ini dan menambahkan ilmu kami. Kini, kami akan memberi inspirasi pula kepada semua yang berada diluar sana terutama yang ingin memulakan perniagaan secara online, mencari pendapatan sampingan atau tambahan dengan masa yang terhad. Segalanya tidak mustahil jika ada kemahuan untuk berjaya. Ramai pengedar Shaklee telah beralih dari hanya menjalankan perniagaan secara ‘part time’ kepada ‘full time’ kerana seperti yang kami katakan, jika anda benar-benar mahu berjaya, anda pasti boleh.

Kami akan membantu anda dari segi perundingan kesihatan, produk Shaklee yang bersesuaian dan memberikan konsultasi secara percuma untuk setiap pelanggan kami.

Bagi yang ingin menjadi agen Shaklee dan memulakan perniagaan Shaklee, kami akan membimbing anda secara personal, menyediakan kelas secara online dan offline, support material dan sebagainya. Jangan bimbang sekiranya anda jauh..dengan dunia teknologi segalanya hanya dihujung jari. 95% pelanggan kami adalah mereka yang tinggal diserata malaysia, brunei dan ada juga diluar negara. Agen kami juga mendapat bimbingan secara online. Jadi, tiada alasan lagi 

Contact Us

Untuk sebarang pertanyaan, pembelian produk, rundingan produk dan kesihatan serta peluang jana income bersama team kami sila hubungi kami segera!

Service hour: 24 hours 7 days a week

Cod: Seremban, Ampangan, Kuala Pilah, Senawang, Seremban 2

Delivery: Seluruh Malaysia juga luar negara!

Pin It on Pinterest

Share This